Sifat Hamba Allah yang Terpuji


Sedikit sifat-sifat hamba Allah yang diterangkan di dalam Al-Quran, semoga kita dapat mengambil dapat mengambil sedikit manfaat.

*Hayatilah lagu ini sambil membaca. Semoga beroleh manfaat.

1. Baik dan bersopan santun perkataannya.

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini. [Al-Furqan 63]

2.Mereka yang pada malam harinya beribadat pada Penciptanya.

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.[Al-Furqan 64].

3. Mereka besederhana dalam membelanjakan harta mereka. Mereka tidak kedekut dengan harta mereka.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.[Al-Furqan 67].

4. Menjauhi dosa2 besar

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, –

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..[Al-Furqan 68, 69 dan 70].

5. Menjauhi dari tempat2 bermaksiat dan sentiasa membersihkan jiwa dan diri mereka.

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.[Al-Furqan 72].

Sedikit doa untuk diamalkan.

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَاماً

Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Sekian dahulu dari Alimmujahid. Selamat mendapat faedah.

Advertisements

3 comments on “Sifat Hamba Allah yang Terpuji

  1. Atom merupakan objek yang sangat halus yang setakat ni ana kenal. namun kasih dan cinta Allah kepada hambanya lebih halus dari itu sehingga kita tidak dapat meneliti cintaNya. terdapat satu kisah dimana seorang hamba dia kuat sangat beribadah kepada Allah. kemudian Allah berkata pada dia. masuklah kesyurgaKu dengan rahmatKu. hamba ni tak nak dan dia nak masuk dengan amalannya. Tuhan kemudian berkata, sekiranya dikumpulkan seluruh amal solehmu, belum cukup lagi untuk menebus nikmat penglihatan yang Aku beri. sungguh kita adalah hambaNya yang tidak punya apa2 untuk menandingi cintaNya pada kita.

    Ya Allah, cintaMu adalah cinta abadi. janganlah engkau jadikan hati kami ini lalai dalam mencintaiMu.

  2. Salam ziarah. entry yang bermanfaat; alhmdulillah dpt refleksi diri. moga istiqomah dlm menulis. akak jumpa ur blog thru googling.

    jzzk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s