Saidina Ali bin Abi Talib r.a Part 3


Peperangan Nahrawan. 38H

Saidina Ali pulang dari Kufah selepas peristiwa Tahkim, dan muncul satu golongan yang menolak peristiwa Tahkim, mereka dinamakan Khawarij yang bermaksud, yang keluar iaitu keluar dari ketaatan pada pemimpin. Mereka keluar dari pimpinan Saidina Ali dan Muawiyah r.anhuma.

Mereka berkata ” Tiada hukum melainkan dengan Allah, dan mereka menghina Ali di masjid-masjid.

“كلمة الحق أريدَ بها الباطل “

Ali menjawab perkataan mereka dengan berkata ” Kalimah yang benar, tetapi menginginkan sesuatu yang batil”.(1)

Maksudnya mereka menggunakan sesuatu yang betul untuk kepentingan mereka yang jelas salah.
Khawarij membunuh sahabat yang bernama Abdullah bin Khabab dan isterinya yang sarat mengandung, apabila berita ini sampai kepada Ali r.a., beliau keluar ke Nahrawan bersama 10ribu tentera untuk membunuh golongan Khawarij.

Dan bilangan Khawarij hanya 1000 orang sahaja, dan berlaku pertempuran Ali r.a. dan Khawarij, dan Ali berhasil menumpaskan mereka, adapun korban pada tentera Ali r.a. hanyalah 4 atau 7 mengikut sesetengah riwayat(2)

Golongan Khawarij ini merupakan diperkata oleh Nabi SAW dalam hadisnya.(3)

Pembunuhan Saidina Ali r.a.

2 tahun selepas peperangan Nahrawan, golongan Khawarij bersepakat mereka untuk membunuh Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abu Sufyan dan Amru bin Al-As r.anhum.

Maka keluarlah 3orang dari mereka untuk membunuh 3 sahabat Nabi ini. Abdul Rahman bin Muljam untuk membunuh Ali r.a., Barak At-Tamimi untuk membunuh Muawiyah dan Ibnu Bakr membunuh Amru bin Al-As.

Adapun Amru berada di Mesir, Muawiyah berada di Syam dan Ali berada di Kufah, dan Ali dibunuh ketika menunaikan solat Subuh. Adapun Muawiyah tidak berjaya dibunuh, tetapi beliau hanya cedera dan sembuh semula selepas itu. Adapun Amru bin Al-As, beliau tidak mengimam solat subuh, tetapi beliau digantikan oleh Kharijah dan Kharijah dibunuh oleh Ibnu Bakr.

Ketiga2 mereka ditangkap dan dibunuh.

(1)Lihat Al-Bidayah Wa An-Nihayah 7/298

(2)Sahih Muslim, Bab Zikru Al-Khawarij Hadis 1064.

(3)Dikeluarkan Ahmad dalam Musnadnya (2/154) No hadis 848, ditahqiqkan oleh Ahmad Syakir dengan isnad sahih.

Advertisements

One comment on “Saidina Ali bin Abi Talib r.a Part 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s