Saidina Ali bin Abi Talib r.a Part 2


Kenapa Saidina Ali r.a. tidak mahu membunuh pembunuh Usman r.a. ?

Sesungguhnya Ali r.a. melihat dengan pandangan kebaikan (maslahah) dan mafsadah( keburukan), dan beliau melihat ada  maslahah pada umat Islam ketika itu dengan melambatkan qisas tetapi tidak meninggalkannya. Dan beliau berpendapat kesatuan ummah lebih utama, dan jika ummah dapat disatukan, maka lebih mudah untuk mencari pembunuh Usman r.a. Sesungguhnya Ali r.a. melihat contoh perbuatan Nabi SAW ketika Hadistul Ifk ( Berita Bohong) yang berlaku pada Aishah dan para sahabat berselisih tentangnya.

* Di antara mereka yang terlibat dalam memfitnah Aishah r.a. ialah Hassan bin Tsabit, Hamnah binti Jahsy, Misytah bin Usasah, dan mereka ini diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul. Maka ketika Rasul Allah SAW di atas mimbar dan berkata ” Siapa yang ingin mengangkatkan untukku kecaman/celaan kepada lelaki yang menghantar dosanya kepada ahli keluargaku ( menghukum) ? ( Maksud lelaki di atas ialah Abdullah bin Ubai bin Salul). Maka bangunlah Saad bin Muaz dan berkata ” Biar aku yang menghukumnya Wahai Rasul SAW “. Kalaulah dari golongan Aus, kami akan membunuhnya, dan jika dari kalangan saudara kami Khazraj, maka kau perintahkan kami untuk membunuhnya.

Maka bangunlah Saad bin Ubadah, untuk menolak kata Saad bin Muaz, dan bangunlah pula Usaid bin Hudhair, menyokong Saad bin Muaz dan menolak pendapat Saad bin Ubadah, maka Nabi SAW mententeramkan mereka. ” (1)

Dan sebelum kedatangan Nabi SAW, sesungguhnya Aus dan Khazraj ingin menjadikan Abdullah bin Ubai sebagai ketua mereka, dan Abdullah mempunyai kedudukan yang agak tinggi di kalangan mereka, dan beliaulah yang keluar dari tentera Islam bersama pengikutnya yang berjumlah 1/3 daripada tentera Islam ketika perang Uhud.

Dan Nabi SAW meninggalkan hukuman had qazaf terhadap Abdullah bin Ubai bin Salul kerana maslahah, kerana Nabi melihat hukuman qazaf keatasnya membawa lebih banyak keburukan.

Dan begitu juga Ali r.a. melihat perbuatan melambatkan qisas lebih sedikit keburukan (mafsadah)nya daripada mempercepatkannya, kerana Ali r.a. melihat keadaan ummat ketika itu tidak membenarkannya untuk melakukan qisas. Terdapat pembunuh Usman r.a. yang masih tidak jelas perbuatannya, dan ada juga yang merupakan ketua kepada kaumnya, dan dikhuatiri jika disegerakan qisas, maka kaumnya akan mempertahankannya dan ini akan memburukkan lagi keadaan umat Islam ketika itu. Sedangkan ketika itu keamanan tidak dapat dikecapi dan fitnah masih berlarutan. Dan Ali r.a. juga telah dibunuh akhirnya ketika beliau mengimamkan solat subuh oleh seorang Khawarij.

Begitu juga ketika Muawiyah menjadi khalifah, beliau tidak membunuh pembunuh Usman r.a., kena beliau berpandangan seperti pandangan Ali. Adapun Ali melihat waqi(keadaan atau situasi)  umat Islam itu. Begitu juga Muawiyah, beliau mengubah pandangan seperti Ali r.a. ketika menjadi khalifah. Kita maklum Muawiyah menghantar utusannya untuk membunuh pembunuh Usman, tetapi tidak sepenuhnya, malah pembunuh Usman dapat dibunuh keseluruhannya ketika Hajjaj AS-Saqafi menjadi panglima perang di bawah pemerintahan Abdul Malik bin Marwan.

Perang Siffin( tempat berhampiran dengan Sungai Furat, di Syria) 37H.

Perang Siffin berlaku pada di antara tentera Ali r.a. yang berjumlah 100 ribu dan tentera Muawiyah yang berjumlah 70 ribu.

Ali keluar dengan tenteranya ke Siffin di Syam,dan ketika Muawiyah mendengarnya, beliau meminta pendapat manusia tentang Ali dan beliau, maka kaum muslimin menundukkan muka mereka dan diam, tetapi bangun Zul Qala’ Al-Himyari dan berkata ” Engkau memberi pandangan dan kami melaksanakannya.

Begitu juga Ali di Syam(2), beliau meminta pandangan manusia tentang beliau dan Muawiyah, dan manusia memberi pelbagai pandangan, tetapi Ali tidak faham pandangan mereka kerana banyaknya pendapat, maka Ali turun dari mimbar dan berkata ” Sesungguhnya kami kepunyaaan Allah dan kepada dia kami kembali” (3).

Sesungguhnya Ali berijtihad dengan pendapatnya yang dibina sendiri.

Perang ini berakhir di meja rundingan ( Kisah Tahkim).

Benarkah Muawiyah ingin menjadi Khalifah?

Dari Abu Muslim Al-Khulani, beliau bertemu dengan Muawiyah dan berkata” Engkau berselisih dengan Ali, adakah ingin menjadi khalifah seperti beliau”

Muawiyah berkata ” Tidah, demi Allah, aku mengetahui bahawa Ali r.a. lebih utama dan berhak dariku, tetapi adakah kamu tidak mengetahui bahawa Usman r.a. telah dizalimi? Dan aku anak saudaranya, maka aku menuntut darah Usman r.a., pergilah kepada Ali r.a. dan mintakan untukku pembunuh Usman, maka aku akan permudah urusannya, maka mereka datang kepada Ali untuk memenuhi permintaan Muawiyah tetapi Ali menolaknya (4)

Muawiyah tidak menjadi Khalifah tetapi beliau tidak membaiat Ali sebagai khalifah kecuali Ali menyerahkan pembunuh Usman untuk diqisas. Adapun Sabaiyyun, mereka ada di kedua2 pihak, dan mereka yang memecahbelahkan antara Ali dan Muawiyah.

Hadis tentang Ammar bin Yasir akan dibunuh oleh pemberontak(5).

Siapakah yang benar

Telah tsabit bahawa mereka yang berperang dengan ahli ialah pemberontak, tetapi para ulama tidak mencela para sahabat walaupun seorang, mereka berkata ” Mereka berijtihad dan salah” (6).

Juga lihat di sini (7).

Ibnu Hazam, Ibnu Taimiyah dan ulama mencegah dari membincangkan hal ini.

Lihat pendapat Ibnu Taimiyah di sini (8) dan hujah beliau mempertahan Ali r.a. dari tohmahan (9).

Para sahabat yang terlibat dalam peperangan ini – Ali, Zubair, Talhah, Aishah, Ibnu Zubair, Hasan, Husain, Ammar, Ibnu Abbas, Muawiyah, Amru bin Al-As dan ramai lagi para sahabat.

Para sahabat yang menghalang diri mereka dari peperangan – Saad bin Abi Waqqas, Said bin Zaid, Abdullah bin Umar, Usamah bin Zaid, Abu Hurairah, Zaid bin Tsabit, Anas bin Malik, Abu Ayyub AL-Ansari, Abu Musa Al-Asyari, dan ramai lagi.

Kita bersangka baik dengan para sahabat dan tidak mencemuh mereka, ketahulah mereka berijtihad dengan ijtihad mereka, dan ketahuilah sesiapa yang bercakap lebih kurang tentang sahabat, maka ketahuilah bahawa dia zindiq.

Rujukan

1. Muttafaq Alaih ( Sahih Bukhari) , Kitab Al-Maghazi, Bab Haditsul Ifk, No 4141. Sohih Muslim, Kitab Taubah, Bab Haditsul Ifk, No 2770. Lihat juga kitab As-Sunnah oleh Al-Khallal, m/s 463, no 722.

2.Tarikh Islam, m/s540, zaman Khulafa Rasyidin.

3.Abu Daud dalam Sunannya, Bab meninggalkan pendapat ketika fitnah, No 4666.

4. Tarikh Islam, m/s 540 dengan sanad yang sahih.

5.Sohih Bukhari, Bab At-Ta3awun Fi Bina Al-Masjid, No 447. Sahih Muslim, Kitab Al-Fitnah, hadis No 2910.

6. Fathul Bari (13/72)

7. Fathul Bari (13/37)

8.Minhaj As-Sunnah (4/410)

9.Minhaj As-Sunnah (4/411)

Advertisements

4 comments on “Saidina Ali bin Abi Talib r.a Part 2

  1. Ye, beliau banyak membunuh para tabiin dan alim seperti Abdullah bin Zubair dan Said bin Jubair, seorang tabiin yang masyhur pada zamannya.

  2. Hajjaj ada juga kebaikan dan ibadahnya yang tidak diceritakan. Malah keburukannya ada ditokok tambah seperti lahirnya tidak berdubur lalu ditebuk.
    Hajjaj ada peranannya dalam sejarah al-Quran dari sudut dhobt.

  3. Assalamualaikum wbt saudara,

    Terima kasih atas kunjungan saudara, sila datang lagi.

    Memang ada keburukannya, kalau ditokok tambah, kemarikan dalil dan sumbernya supaya kita dapat tahu kalam siapakah itu.

    ~Al-Ilmu Qama Alaihi Dalil~.

    Hajaj juga ada peranannya dalam Sejarah Al-Quran. Boleh rujuk kitab2 ulum Quran.

    Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s