Saidina Ali bin Abi Talib r.a Part 1


Nama dan Nasabnya –

Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abd Manaf, anak sedara Nabi SAW, suami kepada anak perempuan baginda Sayyidah Fatimah binti Rasul Allah SAW, bapa kepada cucu kesayangan Nabi SAW, Saidina Hasan dan Husin r.anhuma.

Nama gelarannya Abu Hasan dan dipanggil oleh Nabi SAW Abu Turab, memeluk Islam sewaktu berumur 8 tahun[pendapat paling masyhur]1

Isteri-isteri beliau

1.Fatimah binti Rasul Allah SAW.

2.Umamah binti Abu Al-As [ibunya Zainab binti Rasul Allah SAW]

3.Khaulah binti Jaafar bin Qais.

4.Laila binti Mas’ud.

5.Ummu Banin binti Hazam.

6.Asma’ binti Umais.

7.As-Sahba’ binti Rabiah

8.Ummu Said binti Urwah.

Anak-anaknya.

Hasan dan Hussein dan 13 orang anak lelaki, 18 anak perempuan.

Kelebihannya ada dalam Fadhail yang khusus untuknya, kelebihan untuk ahli bait Nabi SAW, dan kelebihan bersama sahabat Nabi SAW umumnya.

Contoh keberaniannya –

Beliau keluar berjihad pada perang Khandak, dan Amru bin Abd Wudd telah keluar dan mencabar untuk berlawan pedang satu sama satu. Ali r.a. menyahut seruannya. Sebelum bermain pedang, Ali r.a. memujuknya untuk memeluk Islam, tetapi Amru menolaknya.

Amru – Wahai anak saudaraku, sesungguhnya aku tidak suka untuk membunuhmu.

Ali-Tetapi aku bersumpah dengan Allah, aku ingin membunuhmu.

Maka Amru turun dari kudanya dengan perasaan marah, dan dicincang muka kudanya, supa tidak lari, untuk menunjukkan kemarahannya. selepas lama bermain pedang, akhirnya Ali berjaya membunuh Amru bin Ab Wudd.

Ali menjadi Khalifah

dari Muhammad bin Al-Hanafiah, iaitu Muhammad bin Ali bin Abi Talib r.anhuma, berkata ” Saidina Ali r.a. datang ke rumah Usman r.a dan beliau telah dibunuh[Usman r.a.], dan memasuki rumah Usman dan menutup pintunya, kemudian datang manusia dan berkata ” Sesungguhnya Usman telah dibunuh, maka mesti seseorang untuk menggantikannya, dan kami tidak mengetahui seorang pun yang berhak menggantikannya kecuali engkau wahai Ali

Ali berkta – Aku tidak inginkannya, sesungguhnya aku ini wazir bagi kamu, dan sebaik-bagi kamu ialah seorang amir.

Mereka berkata – Tidak, demi Allah ,kami tidak mengetahui sesiapa yang lebih layak melainkan kamu.

Ali berkata – Jika kamu ingin membaiatku juga, maka jangan kamu membaiatku secara sembunyi-sembunyi, tetapi aku akan keluar ke masjid, sesiapa yang ingin membaiatku, maka baiatlah aku. Maka beliau keluar ke masjid dan manusia membaiatnya(2)

Dan kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah membaiatnya, dan dikatakan terdapat beberapa sahabat yang tidak membaiatnya seperti Saad bin Abi Waqqas, Abdullah bin Umar, Muhammad bin Maslamah dan ramai lagi. Dan pendapat lain mengatakan bahawa semua sahabat membaiatnya, dan ini merupakan pendapat yang masyhur. Saad, Abdullah bin Umar dan Muhammad bin Maslamah hanya tidak mengikutinya ketika perang bersama Ali, tetapi mereka membaiatnya. Umum, kita telah meangetahui ada para sahabat yang melarikan diri dari fitnah di kalangan kaum muslimin.

Dan ulama ahli sunnah bersepakat bahawa Ali lebih layak selepas Usman r.a.

Ini disokong dengan pendapat Ibnu Taimiah(3)

Perkara penting sewaktu pemerintahannya.

Peperangan Jamal [36H].

Ketika pembaiatan Ali r.a., Zubair dan Talhah r.anhuma ke Mekkah dan bertemu dengan Aishah r.a . Dan mereka berazam untuk mencari pembunuh Usman r.a.

Datanglah Yaala bin Muniah dari Basrah, dan Abdullah bin Amir dari Kufah, dan mereka bertemu dan berazam unuk mencari pembunuh Usman r.a.

Dan mereka keluar dari Mekah ke Basrah untuk mencari pembunuh Usman, kerana mereka ingin mencari kebenaran bagi Usman r.a.

Dan Ali r.a. di Madinah, dan Usman bin Hunaif r.a. penguasa di Basrah sebelum zaman Ali r.a.

Ketika mereka[tentera Aishah dan yang mengikuti dia] sampai ke Basrah, Usman bin Hunaif berkata ” Apa yang kamu semua nakkan? “

Mereka berkata ” Kami ingin pembunuh Usman r.a. “

Usman bin Hunaif berkata ” Tunggulah Ali r.a. datang ” . Dan beliau menghalang mereka memasuki kota Basrah.

Dan keluarlah Jabalah, iaitu salah seorang dari pakatan yang membunuh Usman r.a. dan mereka yang mengikutinya, dan kebanyakan dari mereka ahli Basrah, dan mereka bertemu dengan tentera Talhah dan Zubair dan Aishah r.anhum.

Ali r.a. juga keluar dari Madinah ke Kufah ketika mendengar peperangan di antara Usman bin Hunaif dengan tentera Talhah dan Zubair dan Aishah dan mereka yang bersama ketiga-tiga sahabat ini, Ali r.a. keluar dengan 10ribu tentera.

Dan ini menjadi bukti yang nyata bahawa Saidina Ali bukan keluar untuk berperang dengan tentera Aishah,Zubair dan Talhah, seperti yang dituduh oleh beberapa golongan, dan mereka yang terkesan denganya[menuduh Ali r.a.], dan juga menjadi bukti bahawa Aishah dan tenteranya juga bukan untuk berperang dengan Ali r.a., jika mereka ingin berperang dengan Ali r.a., maka sudah tentu mereka keluar dari Mekah dan terus menuju ke Madinah, tetapi sebaliknya mereka ke Basrah untuk mencari pembunuh Usman r.a.

Sesungguhnya Aishah, Usman dan Talhah dan mereka yang mengikuti ketiga2 sahabat ini tidak membatalkan Saidina Ali sebagai khalifah, dan tidak menghina Ali r.a, dan tidak membaiat orang lain, dan mereka bukan keluar dari dari Mekah untuk memerangi Ali r.a.

Buktinya dari riwayat Al-Ahnaf bin Qais – Aku bertemu dengan Talhah dan Zubair selepas pembunuhan Usman dan berkata – ” Apa yang kamu berdua perintahkan untukku, sesungguhnya aku melihat dia[Usman] telah dibunuh? “

Talhah dan Zubair berkata – ” Ke atas kamu untuk membaiat Ali “.

Begitu juga jawapan Aishah r.a. (4)

Semoga Allah membersihkan nama para sahabat dari cacian dan melaknati mereka yang menghina para sahabat!

Pertemuan sebelum peperangan

Ali telah menghantar Miqdad bin Al-Aswad dan Al-Qa’qa bin Amru untuk bertemu dengan Zubair dan Talhah dan mereka telah bersetuju untuk tidak saling memerangi.

Sesungguhnya Ali dan Zubair dan Talhah mempunyai pendapat yang berbeza, Ali berijtihad bahawa bukan maslahat untuk mencari pembunuh Usman dahulu, tetapi menyatukan kaum muslimin dahulu, tetapi Zubair dan Talhah berpendapat, tidak patut untuk membiarkan pembunuh Usman r.a. dan mereka berpendapat untuk mencari kebenaran bagi Usman dahulu. Sesungguhnya Ali,Zubair dan Talhah, matlamat mereka untuk mencari pembunuh Usman tetapi  berbeza pada bila waktunya.

Selepas bersetuju dari kedua2 ppihak, maka tidurlah kedua tentera dengan tenang, tapi pada malam itu, As-Sabaiyyah(pembunuh Usman), berusaha untuk membuat kekacauan, kerana mereka khuatir jika berlaku kesatuan di kalangan para sahabat, maka tipu daya mereka akan terbongkar.

Maka mereka menyerang dan membunuh beberapa orang di pihak tentera Zubair dan Talhah, dan tentera Zubair dan Talhah menyangka bahawa tentera Ali telah memulakan peperangan, dan mereka membalasnya, dan begitu juga tentera Ali dan mereka membalasnya, dan berlakulah peperangan di antara kedua tentera Islam ini.

Percubaan untuk menghentikan peperangan

Sesungguhnya para sahabat dari kedua2 pihak berusaha untuk menghentikan peperangan tetapi mereka tidak berjaya. (5)

Berkata Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah ” Sesungguhnya fitnah itu berlaku kerana lemahnya orang yang beraqal untuk menghentikan orang2 yang bodoh, dan para sahabat tidak mampu unuk menghentikan fitnah ini, dan ada sebagaian mereka yang mengasingkan dar fitnah ini. Allah berfirman dalam ayatnya yang mulia,

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. [Al-Anfal ayat 25] [6]

Perang Jamal berlaku pada 36H, pada permulaan pemerintahan Saidina Ali r.a., bermula pada zohor dan berakhir pada maghrib pada hari yang sama.

Tentera Ali berjumlah 10 ribu, dan tentera Aishah berjumlah antara 5-6 ribu, dan panji tentera Ali dipeganng oleh Muhammad bin Ali bin Abi Talib, dan panji tentera Aishah dipegang oleh Abdullah bin Zubair.

Selepas peperangan, Ali mendapati Talhah dan Muhammad bin Talhah telah terbunuh beserta mereka2 yang terbunuh kerana mempertahankan Ummul Mukminin, Aishah r.a. dan Ali menangis kerana kematian keduanya. Ali membersihkan wajah Talhah dan anaknya, Muhammad bin Talhah yang digelar As-Sajjad [ yang banyak bersujud].

Sesungguhnya para sahabat berusha untuk menghentikan perang di antara keduanya, dan mereka menyesal atas fitna yang telah menimpa mereka.

Peristiwa Perang Jamal ini banyak ditulis oleh ulama-ulama tarikh seperti Tarikh Tabari[3/517],Tarikh Ibnu Kasir[7/509], Tarikh Ibnu Asir[3/120], Ibnu Hazam [ Al-Fasl fi Al-Milal Wal Ahwa Wa An-Nahl 4/293].

Adapun Zubair telah keluar dari peperangan, tetapi beliau dibunuh oleh Umar bin Jarmuz, dan ketika Ali mendengar berita pembunuhan Zubair, Ali berkata ” Sesungguhnya pembunuh Zubair di dalam neraka ” (7)

Ali menghantar pulang Aishah dengan mulia ke Madinah. Rasul Allah telah memberitahu bahawa bahawa di antara Ali dan Aishah akan berlaku satu perkara, dan inilah dia(8)

1.Makrifah As-sahabah[1/287]

2.Ahmad dalam Fadhail Sahabah [2/573] nombor 696, dengan isnadnya yang sahih.

3. Majmuk Fatawa [3/438].

4.Fathul Bari [13/38], ditakhrijkan oleh Tabari dengan isnadnya yang sahih.

5. Sahih Bukhari, Kitab Fitnah, Bab Al-Fitnah Al-Lati Tamuju KaMauj Al-Bahri, hadis 7096.

6.Mukhtasar Minhaj As-Sunnah [281]

7. Tabaqat Ibnu Saad [3/105] dengan sanadnya yang hasan.

8.Ahmad dalam Musnadnya [6/393], berkata Ibnu Hajar dalam Fathul Bari[13/60] sanadnya hasan.

Advertisements

3 comments on “Saidina Ali bin Abi Talib r.a Part 1

  1. terima kasih atas cerita nih…..mmg banyak cerita versi syiah…tp ini adalah cerita versi yang betul mengikut rakan-rakan saya…

    wallahualam…Ya Allah semoga dijauhkan dari fitnah….amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s