Usman bin Affan r.a. [576M – 656M] Part 3


Alhamdulilah, beroleh semangat kembali untuk menulis, terima kasih atas sokongan pembaca tegar. Jasa dan sokongan kalian, semoga Allah yang membalasnya.

Penyebaran Islam di zaman Usman r.a.

Sesungguhnya pemerintahan Saidina Usman r.a. dipenuhi dengan pembukaan wilayah2 baru Islam, di antaranya ialah:

1. Pembukaan Wilayah Afrika 27H (1)

Usman r.a. mengarahkan Abdullah bin Saad bin Abi Sarah untuk menawan wilayah Afrika dan beliau membuka Afrika dengan mudahnya.

2.Perang bersama Jarjir dan Barbar 27H

Tentera Islam yang berjumlah  sebanyak 20 ribu bertemu dengan Jarjir dan tenteranya yang berjumlah 120 ribu. Malah ada pendapat yang mengatakan 200 ribu.  Berkata Abdullah bin Zubair r.a. – Aku melihat Jarjir di belakang tenteranya, maka aku berjumpa dengan Abdullah bin Sarah, meminta keizinan untuk membunuhnya, dan kami menyerangnya bersama segolongan tentera kuda yang berani, aku mencederakannya dengan lembing dan berjaya membunuhnya dan memenggal kepalanya, kemudian aku memacak kepalanya di lembing ku dan mengibarkannya, maka apabila tenteranya melihat Jarjir telah terbunuh, maka mereka berpecah, dan melarikan diri.” Tentera Islam menang dalam perang tersebut dan berhasil menawan daerah yang terletak 2 hari perjalanan dari Qairawan.

2.Perang Zat As-Sawari’ 31H

Heraklius mengumpulkan tentera Rom dan Barbar untuk menghalang Abdullah bin Saad bin Abi Sarah dan tentera muslim. Dan kedua pihak bertemu dan berperang selama seharian lamanya, dan peperangan dimenangi oleh tentera Islam.

Siapa yang membunuh Usman r.a?

Berkata Hasan Al-Basri (Tabiin yang lahir pada zaman khalifah Umar dan di antara tabiin yang masyhur) : Orang yang membunuh Usman r.a. ialah orang Mesir(2). Menurut pendapat lain, mereka ialah ketua2 pemberontak, dan nama mereka telah saya sebut pada Part 2.

Kenapa para sahabat tidak mengangkat senjata untuk mempertahankan Usman r.a.

Sebab pertama -Usman r.a. menghalang para sahabat dari mempertahankan beliau dan mengangkat senjata untuk melawan pemberontak dan beliau berserah segalanya pada Allah kerana tahu ajal beliau sudah hampir.

Ini menunjukkan keberanian Usman r.a. dan sifat pengasihnya pada umat Nabi SAW. Beliau tahu para pemberontak merupakan mereka yang berbuat kerosakan. Beliau berpendapat kalaulah mereka membunuh para sahabat, maka kerosakan yang dibuat oleh mereka lebih besar, kerana bilangan para sahabat ketika itu sedikit jumlahnya. Selain itu untuk menjaga kehormatan dan kesucian Madinah.

Sebab kedua – Bilangan para sahabat sedikit ketika itu, mereka berada pada 4 tempat ketika itu.

1. Sebahagian para sahabat sedang menunaikan haji.

2.Mereka berada di tempat lain seperti Kufah, Basrah, Syam dan negara lain.

3.Ada para sahabat yang sedang berjihad.

4.Yang berada di Madinah tetapi bilangan mereka sedikit.

Sebab ketiga – Para sahabat mengutus anak2 mereka untuk mempertahankan Usman r.a. Dan para sahabat tidak menyangka pemberontak sangat membenci Usman r.a sehingga sanggup membunuhnya.

Di antara sebab2 di atas, sebab pertama yang paling kuat iaitu Usman r.a. menghalang sahabat dari mengangkat senjata untuk mempertahankannya.

Kesan dari pembunuhan Usman r.a.

Kebanyakan puak Khawarij menyesali perbuatan mereka. Kisah ini diceritakan dalam Al-Quran tentang penyembah anak sapi. Allah berfirman

Dan setelah mereka menyesal (akan apa yang mereka lakukan) dan mengetahui bahawa mereka telah sesat, berkatalah mereka: “Sesungguhnya jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.[Al-A’raf 149]

Para sahabat seperti Ali, Zubair dan Saad bin Abi Waqqas mengutuk perbuatan mereka. Dan Saad bin Abi Waqqas mendoakan kecelakaan bagi mereka. Sebahagian ulama salaf berpendapat semua pembunuh Usman r.a. meninggal dalam keadaan gila.(3)

Sesungguhnya tiada para  sahabat yang terlibat di dalam pembunuhan Usman r.a. dan segala fitnah yang disebarkan kepada para sahabat tidak lain merupakan fitnah semata2!

Sesungguhnya bermulanya fitnah yang paling besar pada zaman sahabat, dan kesan pembunuhan Usman menyebabkan perpecahan yang besar di kalangan muslim seperti perang saudara Islam yang pertama, Perang Jamal, Perang Siffin, terjadinya puak2 dalam Islam seperti Khawarij, Syiah, dan pelbagai lagi fitnah, dan fitnah itu kekal sehingga hari ini. Hari ini kita melihat kewujudan Syiah, Khawarij dan pelbagai puak  lagi. Semoga Allah melaknat pembunuh2 Usman r.a.!!

[Rujukan Utama Al-Bidayah Wa An-Nihayah oleh Ibnu Kasir dan Huqbah Mina At-Tarikh oleh Usman bin Muhammad Khamis Al-Misri]

1.Al-Bidayah Wa An-Nihayah (7/157)

2. Tarikh Khalifah oleh Bin Khayyat. m/s 176 dengan isnad yang sahih.

3. Attirmizi dalam Sunannya Manaqib Saad bin Abi Waqqas (5/649)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s