Usman bin Affan r.a. [576M – 656M] Part 2


Fitnah Di Zaman Usman r.a.

Bismillahirrahmanirrahim.

Timbangan Pahala 3 Khulafa Rasyidin

Rasul Allah SAW bersabda tentang Usman –Sesungguhnya aku melihat bahawa aku diletakkan di sebuah daun timbangan dan umatku diletakkan pada daun timbangan yang lain, ternyata aku lebih berat dari mereka. Kemudian diletakkan Abu Bakar di sebuah daun timbangan dan umatku diletakkan pada daun timbangan yang lain, ternyata dia lebih berat dari mereka. Lantas diletakkan Umar di sebuah daun timbangan dan umatku diletakkan pada daun timbangan yang lain, ternyat dia lebih berat dari mereka. Lalu diletakkan Usman di sebuah daun timbangan dan umatku diletakkan pada daun timbangan yang lain, ternyata dia lebih berat dari mereka. (1)

Wasiat Nabi kepada Usman bin Affan agar tetap sabar dan tidak memenuhi tuntutan agar meletak jawatan

Abu Abdullah Al-Jasry telah meriwayatkan dari Aisyah dan Hafsah radiallhu anhuma tentang hadis ini –Wahai Usman, mudah-mudahan Allah akan memakaikan untukmu sebuah pakaian dan jika orang-orang munafik ingin melepaskan pakaian itu maka janganlah engkau lepaskan sehingga engkau menemuiku (meninggal) dan beliau mengulanginya sebanyak tiga kali. (2)

Juga hadis Nabi tentang Usman dan fitnah

Nabi SAW bersabda – Sesungguhnya engkau akan menemui fitnah dan perselisihan setelahku nanti ( perselisihan atau fitnah), Maka salah seorang sahabat bertanya ” Siapakah yang harus kami ikuti ya Rasul Allah ?” Beliau menjawab ” Ikutikan Al-Amin ini dan para sahabatnya sambil menunjuk kepada Usman. (3)

PERISTIWA YANG BERLAKU SEWAKTU PEMERINTAHANNYA.

Beliau memecat al-Mughirah bin Syu’bah dan menggantikannya dengan Saad bin Abi Waqqas pada 24H dan beliau memecat Saad bin Abi Waqqas dan menggantikannya dengan Al-Walid bin Uqbah bin Abi Muith kerana Saad bin Abi Waqqas berhutang dengan Baitul Mal.

Beliau juga memecat Amru Al-As, gabenor Mesir dan menggantikan dengan saudara seibunya iaitu Abdullah bin Saad bin Abi Sarah (4).

Pada 29H, beliau memecat Abu Musa Al-Asyaari dan menggantikan dengan anak pakciknya iaitu Abdullah bin Amir

Pada 30H, beliau memecat Al-Walid bin Utbah, gabenor Kufah dan menggantikan dengan kerabatnya Said bin ASh kerana Al-Walid Utbah meminum arak.

Dan pada tahun ini juga, cincin Nabi telah hilang, terjatuh di dalam perigi di Madinah. Beliau menggantikannya dengan cincin perak yang bertulis ” Muhammad Rasulullah “. Cincin ini hilang semasa beliau dibunuh dan tidak diketahui siapa yang mengambilnya. (5)

Adapun peristiwa2 di atas dijadikan alasan bagi mereka yang tidak senang dengan Usman r.a. kerana mereka mengganggap Usman telah melantik ahli2 keluarganya dalam pemerintahan beliau. Ditambah dengan fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba’ dan pengikutnya.

Cara beliau menghadapi fitnah.

1.Beliau mengirim surat kepada gabenor2nya untuk berkumpul iaitu Muawiyah gabenor Syam, Amru bin Al-AS gabenor Mesir, Abdullah bin Abi Sarah gabenor Maghrib, Said bin Al-ASh gabenor Kufah dan Abdullah bin Amir gabenor Basrah. Kesemua mereka berkumpul dan Usman meminta pandangan mereka. Beliau seterusnya menasihati mereka agar berbuat baik dengan rakyat dan menghindari sebab yang menyebabkan perpecahan dan pergolakan.

2.Beliau mengumpulkan dewan Syura dari kalangan sahabat dan meminta pandangan mereka dalam menangani pemberontakan yang muncul di beberapa daerah dan keputusannya itu diikutinya.

3.Beliau memerintahkan para gabenornya agar tidak bertindak keras dengan para pemberontak seperti memenjarakan dan membunuh mereka.

4.Beliau juga berkhutbah di Masjid Nabawi untuk menerangkan tentang hal-hal sebenar, mengingati umatnya agar sentiasa mengingati Allah, beristiqamah dengan jamaah dan mengikuti kebenaran. Alhamdulillah, hasilnya ramai dari pemberontak yang meminta maaf darinya.

5.Beliau juga mengabulkan beberapa tuntutan pertukaran gabenor dengan gabenor yang rakyat daerah itu inginkan seperti menukar gabenor Kufah, Said bin Al-Ash dengan Abu Musa Al-ASyaari.

Kedatangan rombongan Mesir pada Rejab 35H.

Rombongan Mesir ini diketuai oleh Muhammad bin Abu Bakar dan Muhammad bin Huzaifah dan jumlah mereka berjumlah hampir 600 orang. Mereka datang ke Madinah untuk menunaikan umrah, tetapi niat sebenar mereka mahu berjumpa dengan Saidina Usman r.a. kerana beberapa perkaa yang mereka tidak puas hati.

Ketika mereka hampir dengan Madinah, Usman r.a. mengutuskan Saidina Ali bin Abi Talib untuk berunding dengan mereka di suatu tempat yang bernama Juhfah.(6)

Maka berlakulah perbincangan antara Saidina Ali yang mewakili perwakilan dari Usman dan rombongan dari Mesir ini.

Mereka menyebutkan tentang masalah-masalah Usman r.a. ” Beliau melarang menyembelih unta, membakar mushaf, tidak mengqasarkan salat dalam perjalanan, menempatkan orang2 muda sebagai gabenor dan mengistimewakan Bani Umayaah.

Maka Saidina Ali menjawab ” Beliau melarang menyembelih unta iaitu unta dari hasil zakat, supaya unta zakat itu menjadi gemuk dan banyak hasilnya. Adapun tentang mushaf, beliau membakarnya untuk menghilangkan perbezaan dan menetapkan mushaf yang sudah disepakati sesuai dengan bacaan Rasul Allah SAW yang diajarkan oleh Jibril a.s.. Beliau juga tidak mengqasarkan solatnya kerana ia mempunyai keluarga di sana dan berniat untuk bermukim di sana sehingga beliau menyempurnakan solat tersebut.Beliau tidak mengangkat gabenor yang masih muda kecuali seorang yang lurus dan adil, malah Rasul Allah SAW pernah mengangkat gabenor yang terdiri dari kalangan orang muda , malah beliau (Nabi SAW) melantik Usamah bin Zaid bin Haritsah sehingga ada beberapa sahabat yang mengkritiknya. Adapun tentang keistimewaan Bani Umayyah, beliau melakukannya sama seperti apa yang dilakukan oleh Nabi SAW terhadap orang2 Quraisy “

Hal ini selesai dan mereka meminta maaf kepada Usman r.a. dan Usman r.a. memaafkan mereka.

Kedatangan kelompok dari Mesir dan wilayah lain pada Syawal 35H.

Penduduk Mesir, Kufah dan Basrah saling berbalas surat dan memalsukan surat itu di atas nama sahabat besar seperti Ali, Talhah, Zubair dan Aisyah. Isi surat itu mengajak masyarakat untuk memerangi Usman bin Affan.

Saif bin Umar At-Tamimy menyebutkan bahawa pada abulan Syawal 35H, penduduk Mesir keluar dalam 4 kelompok di bawah 4 pemimpin. Jumlah mereka sebanyak 1600 orang di bawah pimpinan Abdul Rahman bin Udais Al-Balwy, Kinanah bin Bisyr At-Tujaiby, Sudan bin Humran As-Sakuny dan pemimpin mereka adalah al-Ghafiqy bin Harb Al-Akky.Mereka keluar menuju ke Madinah, berpura2 melaksanakan haji dan bersama mereka, Ibnu Sauda yang beragama Yahudi, yang berpura2 memasuki agama Islam. Mereka menginginkan Saidina Ali bin Abi Talib untuk menjadi khalifah.

Penduduk Kufah pula keluar dengan 4 kelompok yang dipimpin Zaid bin Sauhan, al-Asytar bin An-Nakhaei, Ziyad bin Nadhar Al-Harisi, Abdullah bin ASham dan pemimpin tertinggi mereka Amr bin Asham.Dan mereka inginkan Zubair bin Al-Awwam menjadi khalifah.

Penduduk Basrah juga keluar di bawah 4 panji yang dipimpin oleh Hakim bin Jablah Al-Ady, Bisyr bin Syuraih dan pemimpin tertinggi mereka ialah Hurqusy bin Zuhair As-Saady dan mereka menginginkan Talhah menjadi khalifah.

Dipendekkan cerita, mereka sudah merancang untuk memaksa Khalifah Usman meletak jawatan dan mereka mengepung rumah Saidina Usman, bahkan bandar Madinah menjadi huru hara sehingga kebanyakan penduduk Madinah tidak keluar rumah kerana ramainya pemberontak yang mengepung rumah Usman r.a. Akan tetapi Usman dan beberapa orang sahabat masih keluar ke masjid untuk menunaikan solat fardhu.

Pengepungan rumah Saidina Usman itu berlangsung selama sebulan, bahkan selama 40 hari sehingga terbunuhnya Usman r.a. menurut riwayat Ibnu jarir. Ibnu jarir meriwayatkan sewaktu Usman dikepung, pengganti imam solat ialah Talhah bin Ubaidillah, Ali, Abu Ayyub, Sahl bin Hunaif dan ramai lagi.

Pemberontak yang mengepung rumah Saidina Usman,dan tidak akan pergi melainkan selepas khalifah meletakkan jawatan dan mereka mengancam untuk membunuh presiden.

Pengepungan terus berlanjutan dari awal Zulqaedah sehingga Jumaat 18 Zulhijjah, Apabila keadaan semakin tegang,  Usman r.a. berbincang bersama sahabat terdiri dari kaum Ansar dan Muhajirin di rumahnya. Jumlah meraka hampir 700 orang dan di kalangan mereka terdapat Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair, al-Husain, Marwan dan ramai lagi. Para sahabat ingin menghunuskan pedang untuk membela Saidina Usman tetapi beliau menahan mereka dari mengangkat senjata. Usman r.a. bermimpi bahawa ajalnya semakin dekat sambil mengharap janji dari tuhanNya.

Orang yang terakhir yang keluar dari rumah Usman setelah berazam untuk melawan mereka adalah al-Hasan bin Ali. Manakala pemimpin pasukan untuk memepertahankan rumah Usman diketuai oleh Abdullah bin Zubair.

Usman r.a. bermimpi melihat Nabi mengajaknya berbuka puasa. Maka beliau berpuasa pada hari pembunuhannya dan berbuka bersama Nabi SAW. Ahli sejarah mengatakan bahawa Usman dibunuh pada siang hari pada 18 Zul Hijjah 35H. Beliau dimakamkan di perkuburan Baqi

Sewaktu beliau dibunuh, beliau sedang membaca Al-Quran, malah ketika pemberontak datang untuk membunuhnya, maka isterinya, Nailah Al-Farafishah, seorang Ahli Kitab berasal dari Palestin yang menjadi salah seorang isteri Usman r.a menahan tetakan pedang tersebut sehingga putus jarinya. Dan berlakulah pertempuran di antara pembantu Usman r.a. dengan pemberontak.Para pemberontak turut merompak harta Saidina Usman r.a.

Kita bersambung pada posting akan datang.Wassalam

[Rujukan Utama – Al-Bidayah Wa An-Nihayah oleh Ibnu Kasir]

(1) Al-Makrifah wa At-tarikh 3/357

(2) Musnad Ahmad 6/263

(3) Al-Musnad 2/345, Fadhail As-Sahabah 1/450 dan 723 . Ibnu Kasir mengatakan ” Hanya AHmad yang meriwayatkan hadis ini dengan sanadnya yang hasan jayyid.

(4) Zaadul Maad oleh Ibnu Qayyim 3/411

(5) Tarikh At-Tobari 4/283

(6)Mu3jam Buldan 2/111

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s