Usman bin Affan r.a. [576M – 656M] Part 1


Bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum kutuliskan sirah Saidina Usman ini, aku buka ia dengan 2 buah hadis tentang fitnah, yang berlaku selepas terbunuhnya Umar r.a.

1.عن شقيق قال : سمعت حذيفة يقول : بينا نحن جلوس عند عمر إذ قال : أيكم يحفظ قول النبي صلى الله عليه وسلم في الفتنة ؟ قال : فتنة الرجل في أهله وماله وولده وجاره تكفرها الصلاة والصدقة والأمر بالمعروف والنهي عن المنكر . قال: ليس عن هذا أسألك , ولكن التي تموج كموج البحر. قال: ليس عليك منها بأس يا أمير المؤمنين إن بينك وبينها بابا مغلقا قال عمر: أيكسر الباب أم يفتح ؟ قال : لا بل يكسر قال عمر: إذا لا يغلق أبدا قلت:أجل . قلنا لحذيفة : أكان عمر يعلم الباب ؟ قال: نعم كما يعلم أن دون غد ليلة , وذلك أني حدثته حديثا ليس بالأغاليط . فهبنا أن نسأله من الباب ؟ فأمرنا مسروقا فسأله فقال من الباب ؟ قال عمر .

البخاري (7096) ومسلم(144) وأحمد (5|401) وابن أبي شيبة (7|449) والطيالسي (1|55) والترمذي (2258) وابن ماجه (3955) والنسائي في الكبرى (1|144)وابن حبان (13|304) والأوسط للطبراني(2|215) .

2.عن شقيق عن حذيفة قال: ما بينكم وبين أن يرسل عليكم الشر فراسخ إلا موتة في عنق رجل يموتها وهو عمر .

ابن أبي شيبة(7|468)و المروزي في الفتن (1|42)

وهذا إسناد صحيح

Dari Kitab ” Juz’u Hadisi Fi Ahadis Huzaifah Fi Al-Fitan” dikumpulkan dan ditahqiqkan oleh Abdul Basit bin Yusuf Al-Gharib.

Nasab dan panggilannya

Dia Usman bin Affan bin Abu Al-As bin Umayyah bin Abd Syams bin Abd Manaf, berbangsa Quraisy dari kabilah Umayyah, keturunannya bertemu dengan Nabi SAW pada moyangnya Abd Manaf, dan beliau merupakan khalifah Islam selepas Rasul Allah SAW. Dilahirkan di Taif enam tahun selepas peristiwa Gajah. Pendapat paling sahih ialah pada 576M.

Nama panggilannya ialah Abu Abdullah sempena nama anaknya Abdullah, hasil perkahwinannya dengan puteri Rasul Allah SAW, Ruqayyah, tetapi anaknya meninggal ketika berumur 6 tahun pada 4H.

Juga dikenali dengan panggilan “Zu An-Nuurain” yang bererti ” Yang memiliki dua cahaya “, kerana mengahwini dua puteri Nabi SAW, Ruqayyah dan Ummu Kulsum.

Anak2nya dan Isteri2nya.

Beliau memiliki 16 orang anak, 9 daripadanya lelaki, dan bakinya anak perempuan, isterinya 9 orang.

Peribadi Saidina Usman r.a.

Beliau merupakan seorang yang sangat pemalu dan tinggi martabat di sisi kaumnya.Beliau merupakan salah seorang pengikut yang terawal memeluk Islam [ Assabiqunal Awwalun], beliau memluk Islam melalui Saidina Abu Bakar r.a. Beliau di antara mereka yang menyahut seruan Nabi Muhammad SAW supaya berhijrah ke Habsyah, dan hijrah kedua ke Madinah. Beliau merupakan salah seorang dari 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Beliau tidak menyertai Perang Badar kerana isterinya sakit, dan akhirnya isteri beliau meninggal, tetapi beliau disamakan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai Ahli Badar.

Sumbangan beliau.

Beliau merupakan seorang yang dermawan, yang mana beliau mendermakan hartanya untuk Jaish Al-Usrah. Beliau menafkahkan hartanya untuk 1/3 dari kegunaan tentera Jaish Al-Usrah iaitu sebanyak 950 unta dan 50 ekor kuda. Peristiwa Tentera Sukar [ Jaish Al-Usrah] ini berlaku ketika Perang Tabuk, digambarkan Allah dalam kitabNya yang mulia,

Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesukaran, sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang); kemudian Allah menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Amat belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka.[ At-Taubah 117]

Ketika ini kelebihan Saidina Usman r.a. terserlah, sebagaimana hadis Nabi SAW, diriwayat oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya(1)

وقال النبي صلى الله عليه وسلم: (من يحفر بئر رومة فله الجنة). فحفرها عثمان، وقال: (من جهز جيش العسرة فله الجنة). فجهزه عثمان  [2626

Beliau juga menjadi utusan Nabi SAW kepada kaum musyrikin di Mekkah. Ketika Rasul Allah ingin menunaikan haji bersama kaum muslimin, sampai di suatu tempat bernama Hudaibiyah, beliau mendapat khabar bahawa kaum musyrikin Quraisy sedang bersiap2 untuk berperang dengan Nabi SAW, maka beliau mengutus Saidina Umar r.a tetapi Umar r.a. berpendapat Usman r.a. lebih layak dihantar sebagai wakil muslimin untuk ke Mekkah berunding dengan Abu Sufyan.

Saidina Usman pergi ke Mekkah dan berjumpa dengan saudaranya Aban bin Said bin Al-As. Beliau berjumpa dengan Abu Sufyan dan menyerahkan surat Nabi kepadanya. Diceritakan Saidina Usman r.a.masuk ke Mekkah bersama 10 orang sahabat untuk menziarahi ahli keluarga mereka tetapi tidak disebut nama2 mereka. Selepas berjumpa dengan Abu Sufyan, kaum musyrikin menahan Usman r.a. selama 3 hari sehingga terdengar desas-desus bahawa Usman r.a. telah dibunuh. Ditambah lagi dengan kelewatan Saidina Usman pulang sehingga kaum muslimin serta Rasul SAW sendiri bimbang akan keselamatan Saidina Usman. Maka baginda Rasul SAW dan kaum muslimin berbaiah untuk berjuang sehingga ke titisan terakhir di bawah suatu pokok dinamakan Baiat Ar-Ridhwan. Peristiwa ini digambarkan oleh Allah SWT dalam kitabNya Al-Quran yang mulia,

[18]
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya;
[19]
Dan juga dengan banyak harta rampasan perang, yang mereka akan dapat mengambilnya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[20]
(Sebagai memuliakan orang-orang yang memberi pengakuan taat setianya di Hudaibiyah, Tuhan menujukan firmannya kepada mereka): Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang kamu akan mengambilnya, lalu Ia menyegerakan untuk kamu harta rampasan perang ini, serta Ia telah menahan tangan manusia (pihak musuh di situ) daripada menyerang kamu; (Allah melakukan yang demikian supaya kamu beroleh manfaat) dan supaya menjadi tanda (yang membuktikan kebenaran janjiNya) bagi orang-orang yang beriman, dan juga supaya Ia menambahkan kamu hidayah ke jalan yang lurus.
[21]
Dan ada lagi harta rampasan lain yang kamu belum dapat menguasainya, (tetapi) Allah telah memelihara harta itu dengan kekuasaanNya (untuk kamu mendapatnya); dan (ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[22]
Dan sekiranya orang-orang kafir (dari penduduk Makkah) itu memerangi kamu (di Hudaibiyah), tentulah mereka akan berpaling melarikan diri dengan kekalahan; kemudian mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung atau memberikan pertolongan.

[Al-Fath 18-22](2)

Pada pemerintahan beliau, beliau membesarkan Masjid Nabawi pada 29H(3). Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani – ” Sesungguhnya Usman menambah keluasan Masjid Nabawi pada tahun akhir pemerintahannya iaitu pada 30H dan ini  merupakan pendapat yang masyhur “.

Usman r.a. membesarkan Masjid Nabawi sebanyak 160 hasta panjang dan 150 hasta lebar.(4)

Rasm Usmani

Ketika pemerintahan Usman, jajahan Islam semakim berkembang sehingga meliputi seluruh Semenanjuang Arab dan lain seperti Armenia dan Azerbaijan. Sekembalinya Huzaifah bin Yaman dari perang ini, beliau menyaksikan perbalahan di kalangan tentera Muslimin yang boleh menjejaskan perpaduan mereka, iaitu perbezaan qiraat di antara mereka.

Ahli Hamas berpendapat qiraat mereka lebih baik dari qiraat lainnya, kerana mereka mempelajari Al-Quran melalui riwayat Miqdad, sedang ahli Damsyik pula berpendapat demikian kerana mereka mempelajari Al-Quran dalam riwayat Ibnu Mas’ud dan ahli Basrah juga demikian kerana mereka mempelajari AL-Quran dari  riwayat Abu Musa Al-Asyaari. Begitu juga ahli Syam dengan riwayat mereka melalui riwayat Ubai bin Kaab.

Perbezaan wajah qiraat ini menjadi ketara sehingga sebahagian dari mereka berkumpul sesama mereka untuk memerangi kaum musyrikin ( contoh ahli Syam dan mereka yang membaca melalui riwayat Ubai bin Kaab berhimpun sesama mereka walaupun dalam satu pasukan Islam). Ia menjadi ketara sehingga hampir kepada kafir-mengkafirkan sesama sendiri. Ini disedari oleh Huzaifah Al-Yamani dan beliau mengutarakan hal itu kepada Saidina Usman, mencadangkan agar Al-Quran disatukan dalam satu  wajah qiraat.

Kemudian Usman r.a. memerintahkan agar gerakan penyalinan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit r.a. untuk menyalin kembali Al-Quran dan membuatnya dalam 6 salinan untuk dihantar ke daerah jajahan tertentu sebagai rujukan dan diarahkan dibakar semua suhuf yang ada melainkan 6 salinan tadi.

Tindakan ini disokong hampir seribu orang sahabat, kecuali Ibnu Mas’ud tetapi akhirnya Ibnu Mas’ud bersetuju dan menyerahkan suhufnya untuk dibakar. Terdapat perselisihan di antara ulama tentang bilangan mushaf yang dihantar oleh Saidina Usman r.a. sebagai rujukan masyarakat Islam tetapi pendapat paling rajih ialah 6 mushaf kesemuanya iaitu,

1.Dihantar ke Syam

2.Dihantar ke Basrah

3.Dihantar ke Kufah

4.Dihantar ke Mekah

5.Dihantar ke Madinah

6.Disimpan sendiri dan dinamakan Mushaf Al-Imam.

[Untuk makluman lanjut boleh rujuk Kitab2 Ulum Quran bab Rasmul Quran dan Jamul Quran].

Hadis2 tentang kelebihan Usman r.a

1.  اللهم إنى رضيت عن عثمان فارض عنه     (5)

2.عثمان أحيا أمتي وأكرمها (6)

3.عثمان فى الجنة (7)

dan banyak lagi (8)

Pembunuhan Saidina Usman r.a.

Beliau dibunuh pada Hari Jumaat 18 Zul Hijjah 35 H selepas Asar, beliau berpuasa dan bermimpi berbuka bersama Nabi SAW iaitu, 11 tahun 11 bulan 22 hari dari hari pembunuhan Saidina Umar r.a. ( pendapat Ibnu Ishaq).

[Rujukan Utama ialah Kitab Tarajim Khulafa]

(1)http://alboukhari.sa-girl.com/index.php?page=saheh66

(2)http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

(3) Pendapat Ibnu Kathir dalam Al-Bidayah Wa An-Nihayah Juz 7, manakala At-Tabari berpendapat pada 26H

(4)Tarajim Al-Khulafa Ar-Rasyidin oleh Muhammad Ridho m/s 327

(5)Hadis Dhaif – Abu Naim ( Fadhail As-Sahabah) dan Ibnu Asakir (Tarikh Ibnu Asakir)

(6) Hadis Sahih – Abu Naim (Al-Hilyah) dari jalan Abdul A’la dari Ubaidillah bin Umar, dan dari jalan Al-Kausar bin Hakim, kedua jalan itu dari Nafi’ dari Ibnu Umar marfu3 dengan lafaz “أشد أمتي عثمان بن عفان “.

(7)Hadis Sahih- Oleh Ibnu Asakir ( Tarikh Damsyik). Hadis Nabi tentang 10 orang yang dijanjikan syurga.

(8)Tarajim Al-Khulafa Ar-Rasyidin oleh Muhammad Ridho m/s 334

Jari ini sudah penat menaip. Tidak mahu memanjangkan tulisan kerana dikhuatiri akan menjadi bosan dalam pembacaan serta menghilangkan hikmah di dalamnya. Segala yang benar dari Allah dan yang salah itu dari Alim Mujahid. Sila tegur Alim jika terdapat kesilapan dalam tulisannya.

Wallahua’lam. Bersambung pada part 2.


Advertisements

2 comments on “Usman bin Affan r.a. [576M – 656M] Part 1

  1. Salams. i was merely searching through yahoo for my assignments bout Saidina Usman and i found this. your post here is useful, very much indeed. thanks for sharing! do update more on Khulafa’ Rasyidin alright?

    Wassalams.

    • Wsalam…saya dah tulis sampai saidina Ali r.a. dah.

      Apa2 pun thanks sebab sudi menjengah blog saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s