Perluasan Wilayah Islam Di Zaman Umar r.a.( Part 2)


Assalamualaikum wbt..

Pertamanya maaf lambat berupdate blog ini kerana kekangan waktu dek peperiksaan. Rabat ini, periksa xbernizom , boleh jadi sebulan lebih periksanya. :D. Baru selesai menduduki peperiksaan ‘repeat paper’. Kita sambung terjemahan sirah. Posting ini lanjutan dari Part 1 dan posting Sedikit Kisah Tentang Umar r.a.

Perluasan Wilayah Islam pada Zaman Saidina Umar.

Al-Ubullah – Ahwaz – terus ke Teluk Amman

Al-Ubullah – Isfahan – Naisabur – terus ke Bukhara dan Samarkand.

Al-Ubullah ke Nahawand – Hamdan – Ardabil – naik ke Wilayah Caucas

Al-Ubullah – Al-Buib – Al-Qadisiyyah – Al Hirah – Al-Madain – Jaluja dan ke Hamdan

Al-Hirrah -Mosul

Al Hirah –  Anbar- Siffin -Ar-Riqqah

Dari Tabuk –  Eilah – Ajnadain- Al-Quds – Akka – Beirut – Antakiyah

Dari Tabuk – Muktah – Damsyik – Halab – Haran

Al-Quds – Ajnadain – Alfarma (Pelusium) – Fusfat

Fusfat- Fayyum – Aswan – Danqalah

Fusfat – Iskandariah – Dumyat –  terus ke Tripoli dan akan ke Andalus.

Memerdekakan Bumi Syam.

Umar menghantar tentera Islam di bawah pimpinan Abu Ubaidah dan Al-Musanna untuk membuka Iraq pada Ogos 634M – Mac 635M dimulai dengan Peperangan An-Namaariq(berdekatan dengan Kufah), Peperangan Al-Jassar (Okt 634M), Peperangan Al-Buib( Nov 634M) dan sampai ke dua pasar di Iraq pada masa itu, iaitu Suq Al-Khanafis dan Suq Baghdad. Dan di antara keduanya, Suq Al-Khanafis lebih dahulu.

Adapun bumi Syam ketika itu luasnya seperti Mesir, dari Sungai Furat ke Laut Rum, di dalamnya terdapat kota Manbij, Halab, Damsyik, Baitul Maqdis, sehingga ke Akka, Tarabilis dan Asqalan, dan lain2.

Dan tentera Islam terdiri dari 5 panji.4 panji yang berasal dari Madinah.

1.Abu Ubaidah bin Al-Jarrah mengetuai tentera Islam di Hamas حمص.

2.Yazid bin Abu Sufyan ke Damsyik.

3.Syurahbil bin Hasanah ke Jordan

4. Amru bin Al-As ke Palestin.

5.Adapun Khalid baru habis perangnya di Daumatul Jandal.( rujuk posting terdahulu)

Ibnu Athir berkata ‘ Bumi Syam merupakan bumi yang subur dan kaya dengan hasil tanaman, di dalamnya terdapat pelbagai dusun dan kebun, banyak ternakannya dan terdapat 30 kota di dalamnya.’

Pembukaan Damsyik ( 13/14H)

Damsyik dibuka pada 16 Muharam 13/14H. Abu Ubaidah bertemu dengan tentera Rom dan Heraklius ketika itu berada di Hamas. Dan mereka berperang selama 70 hari (ini mengikut riwayat Ibnu Jarir) atau 6 bulan (riwayat Ibnu Ishaq) untuk membuka Damsyik. Akhirnya kota itu berjaya dibuka dan ditawan sepenuhnya. Abu Ubaidah memasuki Kota Damsyik pada Rejab 14H dan bersama tenteranya.

Perang Al-Qadisiyyah 14H.

Peperangan Al-Qadisiyyah ini disertai oleh sahabat nabi yang terkenal, seorang pemanah yang tepat sasarannya, seorang sahabat nabi yang makbul doanya, Saad bin Abu Waqqas. Beliau bersama 4000 tentera dari Madinah dan selepas keluar dari Madinah, jumlah itu bertambah sehingga 11000 orang dan bergabung dengan tentera Islam yang diketuai oleh Al-Musanna bin Haritsah seramai 20000 orang, menjadikan tentera Islam sebanyak 35000 orang.

Sebelum sampainya Saad bin Abi Waqqas ke Iraq, Al-Musanna bin Al-Haritsah meninggal kerana kecederaan yang dialaminya ketika Perang Jassar. Beliau meninggal pada Safar 14H.

Umar mengutus surat kepada Saad agar mengajak Yazdajir (Kisra Parsi) untuk memeluk Islam. Saad menghantar Nu’man bin Maqran dan 13 orang tentera Islam berjumpa dengan Yazdajir tetapi ajakan kepada Islam tidak diterima.

Tentera Islam bertemu dengan tentera Rustam, perdana menteri Parsi pada Ramadhan 14 H bersamaan Oktober 635H. Tentera Parsi sebanyak 120000 orang dan pasukan bergajah, sayap tenteranya diketuai oleh Hurmuzan dan Mahran, ditengahnya  diketuai oleh Birzan. Tetapi mereka saling menangguh serangan. Berlakulah pertemuan di antara utusan keduanya dan terjadilah perbualan di antara mereka. Utusan tentera Islam ialah Zuhrah bin Hawiyyah At-Tamimi dan Rustam. Zuhrah berbual dengan Rustam dan mengajaknya memeluk Islam tapi gagal.

Maka keduanya bersedia untuk Perang Qadisiyyah. Hebatnya peperangan ini kerana ia merupakan perang yang terkenal di dalam sejarah penyebaran dakwah Islam dan berlaku selama 3 hari 3 malam.Pada hari kedua peperangan Al-Qadisiyyahm korban mencapai  12000 orang, 2000 di pihak muslimin dan 10000 di pihak tentera Parsi. Peperangan Al-Qadisiyyah menjadi batu loncatan kepada pembukaan wilayah Syam selepasnya seperti pembukaan Kota Madain(15/16H) yang mana kaum muslimin memperoleh ghanimah(harta rampasan) yang sangat banyak ketika hari pembukaan Kota Madain.

Pembukaan Tikrit, Mosul, Baitul Maqdis dan Halab.

Kemudian perang Jaluja’,pembukaan Kota Tikrit dan Mosul. Ketika 17H, Saidina Umar menguatkuasakan penggunaan kalendar Hijri(rahimahullah ‘alaihi). Kemudian peperangan Hamas(di kalangan tentera Rom, ia dikenali sebagai EMESSA). Kemudian pembukaan daerah Al-Jazeera(tempat di antara 2 sungai iaitu Sungai Furat dan Dajlah). Kemudian pembukaan Antakiyah. pembukaan Qaisariyah, dan perang lainnya.Kemudian pembukaan kota suci Islam, iaitu Baitul Maqdis, diikuti oleh pembukaan bandar Halab.

Penyakit Taun melanda Syam.

Pada 18H, penyakit taun melanda bumi Syam, dan wafatnya seorang sahabat Nabi yang terkenal, seorang manusia kepercayaan ummat( Amiinul Ummah), Abu Ubaidah Al-Jarrah r.a. Melalui beliaulah, Islamnya sahabat2 besar yang lain seperti Abdul Rahman bin Auf dan beliau salah seorang dari 10 sahabat yang dijanjikan syuga. Beliau meninggal ketika umurnya 57 tahun, dan dikuburkan di Amta(sebuah kampung di Jordan).

Di antara korban penyakit yang taun yang lain ialah Muaz bin Jabal, Yazid bin Abu Sufyan, Syurahbil bin Hasanah dan ramai lagi. Semoga Allah merahmati ruh-ruh pejuang Islam yang banyak menyumbang kepada penyebaran Islam di bumi Syam.

Pembukaan Mesir, Peperangan Ain Syam( Battle Of Heliopolis) dan Pembukaan Kota Babylon.

Ketika Amru bin Al-As di perbatasan Mesir, sampai lah surat padanya, dari Amirul Mukminin, Saidina Umar Al-Khattab tetapi tidak dibukanya sehingga dia melewati kawasan Mesir. Sesungguhnya Amru bin Al-As merupakan seorang sahabat nabi yang pandai. Surat itu berbunyi ” Apabila kamu belum memasuki Mesir, maka janganlah kamu memasuki Mesir, tapi apabila kamu sudah memasukinya maka teruskanlah “.

Amru bin Al-As membuka  Ain Syams( Bandar terkenal di Mesir) pada Julai 643M bersamaan Syaaban 19H, diikuti oleh Nikiou(sebuah tempat di antara Fusfat dan Iskandariah), Fusfat, Fayyum dan Abwat. Kemudian Pembukaan Kota Babylon diikuti dengan penawanan Castle of Beacon pada September 640M,  istana ini merupakan kubu yang kedua terkuat tentera Parsi selepas kubu mereka di Iskandariah.(boleh rujuk Kitab Kaukab Ar-Raudhah karangan Imam Jalaluddin As-Sayuti dan riwayat Al-Waqidi). Fortress Of Babylon menjadi milik tentera Islam pada 9 April 641M bersamaan 21 Rabiul Awwal 20 H. Ahli sejarah berbeza pendapat tentang pembukaan Mesir adakah melalui peperangan atau perdamaian.

Berkata Al-Laits melalui riwayat Yazid bin Abu Habib bahawa Mesir dibuka melalui jalan perdamaian kecuali di Iskandariah. Tetapi  Ibnu Lahi’ah riwayat dari Abdullah bin Hubairah berpendapat Mesir dibuka dengan peperangan,manakala Ibnu Syihab pula berpendapat sebahagian wilayah Mesir dibuka dengan perjanjian dengan ahli zimmah, dan sebahagian lagi dengan peperangan. Kemudian,Amru bin Al-As membuka penempatan baru di Fustat, membuka Iskandariah(Muharam 21H), Dumyat dan terus ke wilayah Tarabilis.

Ahwaz dan kekalahan Yazdajir( Kisra Parsi ).

Dimulai dengan peperangan dengan Hurmuzan( panglima tentera Parsi) peperangan Nahawand (21H) di mana kaum musimin memperoleh harta rampasan yang sangat banyak hasil kemenangan di Nahawand, diikuti pembukaan Isfahan, Azerbajian, Ray, Bandar Bab ( berdekatan dengan Tabaristan, tempat lahir Imam At-Tabari).

Kematian Umar r.a..

Umar meninggal meninggalkan isterinya yang bernama Atikah. Sesungguhnya Umar merupakan salah seorang Khulafa Ar-Rasyidin, sahabat yang dijamin Syurga dan pelbagai lagi kelebihan yang ada.Kematian Umar kerana dibunuh oleh Abu Lukluah dan beliau digantikan oleh Khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Usman r.a.

Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a. banyak menyumbang jasa ke arah perluasan wilayah Islam. Boleh dikatakan tentera Islam berjaya mengalahkan dua kuasa besar di Semenanjung Tanah Arab iaitu Kuasa Rom dan Parsi. Jika kita teliti sirah, akan kita dapati hebatnya tentera Islam pada masa itu dan cuba kita renungkan mengapa kita (orang Islam) ketinggalan pada hari ini.

Rujukan.

1. Al- Mausu3ah Fi Tarikh Al-Islamy oleh Dr. Raghib Sarjani.

2.Tarikh Al-Khulafa oleh Jalaluddin As-Sayuti.

3. Tarajim Al-Khulafa Ar-Rasyidin oleh Muhammad Ridha.

4. Atlas At-Tarikh A-Arabi Al-Islamy oleh Dr. Syauqi Abu Khalil.

Celoteh Alim Mujahid.

Semalam masa menduduki peperiksaan dengan Ustaz Busilham,sempat berbual dengan Rais Syu3bah yang baik hati ini, beliau berpesan padaku, minta supaya disampaikan pesan buat ahli Rabatian sekalian.

Pertamanya, bukan niatku untuk membuka pekung di dada. Tapi keputusan kalian katanya teruk sangat dan boleh jadi salahnya pada kita juga . Bahasa kita lemah. Kalau markah 7 8 dan 9 itu bolehlah aku nak berbalah dengannya, tapi kalo dah markah sampai 4 5 malah ada yang 1, maka itu sudah jadi masalah yang sangat besar.

Aku harap sangat kalian lepas ni, belajar lah rajin2, semoga jadi orang yang berilmu dan faqih dalam agama. Demam kejap lepas kene ceramah dengan Busilham. Kalo junior sem1 aku boleh terima, tapi kalo budak tahun 2 pun ade masalah, alamatnya memang Rabat ni nak jadi macam Mohammedia la.

Jangan la nanti sampai ustazah2 kata” Tolabah Maliziyyin fi adab wa akhlak, mizyaaannnn. Lakin fi lughah Arabiyah walu gak

” Yajibu alaikum an tatakallamu bi lughah arabiah wa illa satukarirun as-sanah “.

Cermin diri dan peribadi. Aku manusia lemah. Wallahualam. Jika ada masalah sila kritik aku.


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s