Sedikit kisah tentang Umar r.a.


Assalamualaikum wbt…

Sambung terus cerita Saidina Umar r.a. khalifah Islam selepas Saidina Abu Bakar r.a. Aku tidak mahu menyambung terus kisah perluasan wilayah Islam zaman Saidina Umar r.a, tetapi mahu menulis sedikit kisah tentang Umar r.a.

Menambahkan kawasan Masjid Nabawi dan Baitullah

Sesungguhnya Abu Bakar r.a. sibuk memerangi ahli riddah dan pengukuhan wilayah Islam di samping masa pemerintahannya yang pendek dan tidak sempat untuk membesarkan Masjid Nabawi dan Umar lah yang membesarkan Masjid Nabawi pada pemerintahannya.Pembesaran Masjid Nabawi dilakukan pada 17H.

Umar juga menambah kebesaran kawasan Baitul Haram kerana ramainya Muslimin di zaman Umar r.a.

Syadidnya Umar.

Dari Anas bin Malik r.a. Nabi SAW bersabda ” Sesungguhnya manusia yang syadid dalam menunaikan perintah Allah dikalangan umatku ialah Umar r.a.”(1)

Umar ditakuti kerana kerasnya tetapi lembut hatinya semasa memerintah. Umar juga pernah melarang isterinya menerima hadiah dari sesiapapun.

Umar mendahului Rasul SAW( Kelebihan Umar r.a.)

Selesainya perang Badar dengan kemenangan berpihak pada kaum Muslimin dan Rasul Allah bermesyuarat dengan sahabatnya tentang apa yang hendak diperbuat dengan tebusan perang. Umar r.a mencadangkan agar tebusan dibunuh tetapi Rasul Allah tidak bersetuju, sebaliknya bersetuju dengan cara Abu Bakar. Selepas itu turunnya ayat Allah menyetujui pendapat Umar r.a.

Firman Allah,

Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[68] (2)

Kelebihan Umar r.a. dikuatkan lagi dengan doa Rasul SAW supaya Islamnya Umar.

“Dari Ibnu Umar r.a. Nabi SAW bersabda ” اللهم أعز الإسلام بأحب هذين الرجلين إليك” yakni merujuk kepada Abu Jahal bin Hisham dan Umar bin Al-Khattab(3)

Hadis Umar

Umar r.a. meriwayatkan 539 hadis dari Rasul SAW. 26 daripadanya oleh Bukhari dan Muslim, 34 oleh Bukhari (ما انفرد بخاري), dan 21 Muslim seorang (ما انفرد مسلم)

Kematian Umar.

Umar dibunuh  ketika solat subuh, ditikam oleh Abu Lukluah Fairuz, hamba Mughirah bin Syukbah (salah seorang gabenor Umar r.a.) dengan 6 tikaman(Tarajim Khulafa) 3 tikaman (Fiqh Sirah), jenazahnya dimandikan oleh anaknya Abdullah bin Umar, dikuburkan bersama Rasul SAW pada hari Ahad Muharram 24H.

Umar memerintah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari.Pendapat lain ialah 8 hari.Umar meninggal ketika umurnya 63 tahun dan ini merupakan pendapat yang paling masyhur.(4)

Puisi aku tentang kematian Umar r.a. – http://rajawalibiru.wordpress.com/2008/08/12/fairuz-merahkan-damascus/

Habis cerita tentang kisah hidup Saidina Umar r.a. dan terus kepada perluasan wilayah zaman Umar r.a. tetapi sebelum itu aku ingin berkongsi sesuatu dengan pengunjung blogku tentang rahsia kenapa empayar Rom yang dibina selama ratusan tahun jatuh dalam beberapa tahun sahaja selepas kewatafatan Rasul SAW.

Diceritakan ketika Heraklius berada di Antakiyah beliau menerima berita kekalahan tenteranya. Beliau berkata ” Celakalah kalian, mengkhabarkan kepadaku tentang tentera yang mengalahkan kalian. Adakah mereka manusia seperti kalian?. Jawab tenteranya ” Ya”. Tanya Heraklius lagi ” Adakah bilangan kalian banyak atau mereka?. Jawab tenteranya ” Bahkan kami yang lebih ramai dan kami sering mengalami kekalahan di setiap tempat “.Tanya Heraklius ” Mengapa kalian kalah?.

Jawab seorang yang pandai dari mereka ” Sesungguhnya mereka bangun malam dan berpuasa pada siangnya, mereka setia pada janji dan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kepada kemungkaran sedangkan kami meminum arak, berzina, tidak menepati janji dan saling memusuhi dan bergaduhan antara kami.

Heraklius menjawab ” Benarlah kamu”. (5)

Sesungguhnya akhlak tentera Islam dan iman mereka menjadi lambang kekuatan tentera Islam. Maka apabila rosaknya iman dan akhlak orang Islam, maka kuatlah musuh Islam ke atas orang Islam.

Perluasan Wilayah Islam Zaman Umar

Sambungan dari post terdahulu – http://rajawalibiru.wordpress.com/2008/09/09/abu-bakar-ra-dan-perluasan-negara-islam-part-2/

Sesungguhnya Umar r.a. yang menukar pucuk panglima perang dengan menggantikan Khalid r.a dengan  Abu Ubaidah Al-Jarrah Amiinul Ummah ( Manusia Kepercayaan Ummat)(6)

Riwayat Imam Ahmad dari Abdul Malik bin Amir berkata ” Umar menggantikan Khalid dengan Abu Ubaidah di Syam, dan Khalid berkata ” Telah diutuskan ke atas kamu orang kepercayaan umat ini, sesungguhnya aku telah mendengar Rasul Allah bersabda (merujuk pada katanya tadi), dan Abu Ubaidah pula berkata ” Aku mendengar Rasul Allah bersabda ” Khalid merupakan pedang dari pedang2 Allah.(7)

Rujukan-

1.Tarajim Khulafa Rasyidin oleh Muhammad Reda m/s 145.

2.Surah Al-Anfal ayat 68 [http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/]

3.At-Tirmidzi (3681), Ahmad ( 2/95), Ibnu Saad (3/267), Tahzib Ibnu Asakir (18/267) -Rujuk  Tarikh Al-Khulafa oleh Jalaluddin As-Sayuti m/s 88

4.Tarajim Khulafa Rasyidin oleh Muhammad Reda m/s 152.

5.Mausu3ah Al-Muyassarah Fi Tarikh Al-Islam oleh Dr. Raghib As-Sarjani m/s 94

6.Fiqh Sirah  oleh Ramadhan Al-Buti m/s 357.

7.Mausu3ah Al-Muyassarah Fi Tarikh Al-Islam oleh Dr. Raghib As-Sarjani m/s 97

Rasa post sudah panjang dikhuatiri akan menjadi bosan membacanya dan mengurangkan kualiti pada pembacaan, jadi saya berhenti dulu dan akan disambung kemudian.

Bisik2 Alimmujahid- Kasihan kalian Rabatian kelas pagi dan petang, bersabarlah dan beristiqamahlah kalian. Semoga Allah membantu kalian.Bekerja keraslah kalian sesungguhnya kehidupan yang bahagia itu selepas kamu bekerja keras( Diwan Imam Syafie)

Berjumpa lagi…Mohon kritikan dan nasihat andai tersalah fakta sesungguhnya aku manusia yang tidak lari dari kelemahan dan lupa. Allahumma faqqihni fid din wa 3allimni fi at-takwil. Amin

Advertisements

2 comments on “Sedikit kisah tentang Umar r.a.

  1. ‘Khalifah yang Kedua selepas Rasul SAW’, mungkin penulis berniat lain, namun kedudukan rasul di situ tidak sesuai kerana akan menimbulkan kekeliruan. Baik ditulis selepas Abu Bakar lebih baik 🙂

  2. Terima kasih Abang Al-Fannani, semoga sihat hendaknya.

    ~Semoga Allah merahmati manusia yang menghadiahi aku keaiban aku~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s