Saidina Umar r.a. Khalifah Kedua selepas Rasul SAW. (Part 1)


Assalamualaikum wbt.

Pertamanya Alimmujahid memohon maaf andai ‘blog’ ini sudah lama tidak ter’update’ kerana kekangan masa untuk belajar dan persediaan untuk menulis tesis ijazah. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit beban dipundak ini berkurangan. Alimmujahid baru sahaja mendapat guru untuk menulis tesis ijazah dalam madah usul fiqh. Kesibukan alimmujahid ditambah pula dengan semester 5 yang agak mencabar sedikit kerana banyaknya buku yang patut dibaca dan kelas pula 6 hari seminggu. Semester 6 mungkin lebih mencabar dengan menulis tesis secara rasmi, melazimi guru menulis bahas dan praktikal.~Segala puji bagi Allah yang mengurniakan nikmat Islam dan Iman kepada hamba2Nya yang terpiilh~

Terus kepada posting hari ini kerana tidak mahu membuang masa. Sebelum saya menulis peribadi Saidina Umar r.a, suka untuk saya mengajak para sahabat untuk kita mmenghayati hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayat Al-Irbad bin Sariyah(العرباض بن سارية), daripada Rasul SAW bersabda : ” Aku mewasiatkan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah SWT dan hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia seorang Habsyi(berkulit hitam) yang terpotong hidungnya, dan sesungguhnya sesiapa yang hidup(selepas ini) daripada kamu akan melihat perpecahan yang banyak, maka berpegang teguhlah kamu pada sunnahku dan sunnah khulafa arrasyidin dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ” (1)

Kelahiran Saidina Umar r.a., Islamnya dan perjuangannya bersama Rasul SAW.

Dia Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Riyah bin Abdullah… Seorang Quraisy dari Bani Adi dan nama panggilannya Abu Hafsah. Islamnya Umar r.a. pada 6H.

Hadis Ibnu Abbas r.a. berkata : Islamnya Umar ketika bilangan kaum muslimin 39 orang dan Umar menjadikan bilangan mereka 40. Maka turunlah Jibril a.s dengan membawa ayat yang bermaksud ” Cukuplah Allah bagi sesiapa yang mengikuti kamu (Nabi Muhammad SAW) dari kalangan orang muslim”.(2)

Berkata Ibnu Masud ” Sesungguhnya Islamnya Umar merupakan pembukaan, hijrahnya merupakan pertolongan dan pemerintahannya merupakan rahmat ” (3)

Rasul Allah SAW menggelarkannya Al-Faruq yang bererti ” pemisah antara kebenaran dan kebatilan” kerana Islamnya Umar menjadikan Islam itu disegani dan ditakuti.

Umar berhijrah ke Madinah terang-terangan dan Umar bersama Nabi SAW dalam perang Badar, Khandak, Baiatur Ridwan, perang Khaibar, pembukaan Kota Mekah, perang Hunain dan sebagainya.Umar juga merupakan mertua Nabi SAW dengan perkahwinan Nabi dengan anak perempuannya Hafsah r.a.

Umar selepas Abu Bakar r.a

Ketika Saidina Abu Bakar sakit teruk, beliau mencalonkan penggantinya maka beliau mencalonkan Saidina Umar r.a. sebagai penggantinya. Dan Umar r.a. menjadi Khalifah selepas Abu Bakar r.a. dan Nabi Muhammad SAW pada 23 Jamadil Akhir 13h dan beliau merupakan Khulafa Ar-Rasyidin yang ke-2 (4). Dan beliau merupakan orang pertama yang memakai gelaran Amirul Mukminin(5)

Beliau orang yang pertama menggunakan tarikh Hijri pada bulan Rabiul Awwal tahun 16H.Dan juga orang yang pertama mengumpulkan Al-Quran dalam suhuf. Dan beliau juga orang yang pertama mengumpulkan manusia dalam solat tarawih berimamkan Ubai bin Kaab r.a. Saidina Ali r.a memuji beliau dalam kata ” Semoga Allah menerangi kubur Umar sebagaimana beliau menerangi masjid kami(masjid Nabawi)”.

Beliau juga orang yang pertama meletakkan hukuman 80 kali sebatan bagi mereka yang meminum arak. Dan Umar juga yang melarang penjualan ibu dan anak, memotong pokok Baiatur Ridwan kerana dikhuatiri manusia akan meminta berkat dari pokok itu.Beliau juga berkata kepada Hajarul Aswad “ Kalaulah aku tidak melihat Rasul Allah mengucup kamu, maka tidak aku akan mengucup kamu, sesungguhnya aku mengetahui bahawa kau lah batu yang tidak memberi manfaat dan tidak memberi kemudharatan “.

Syaitan juga takut kepada Umar. Kelebihan Umar r.a. sangat banyak. Bagi anda yang mahukan hadis tentang kelebihan Saidina Umar, sila lihat Kitab Sahih Al-Bukhari Jilid Ke-2, Kitab Fadhail As-Sahabah Bab Manaqib Umar Al-Khattab r.a. (6)

Rujukan:

(1)Ahmad (4/ 126 dan 127), Abu Daud (4607), Tirmizi (2676), Ibnu Majah ( 43 dan 44) dan selainnya.

(2)Surah Al-Anfal Ayat 64

(3)Tarajim Khulafa Ar-Rasyidin Bab Umar Al-Khattab m/s 129

(4)Lihat Tarajim Khulafa Ar-Rasyidin oleh Muhammad Ridha dan Al-Mausu3ah Al-Muyassarah fi Tarikh Al-Islamy.

(5)Tarajim Khulafa Ar-Rasyidin m/s 141

(6)Sahih Bukhari Jlid 2 m/s 399 Maktabah Al-Wihdah Al-Arabiah.

Kita bersambung dalam part 2 yang bertajuk Perluasan Wilayah Islam di zaman Saidina Umar r.a.

Sedikit Coretan Hati dari Alimmujahid.

Kekadang tuhan ciptakan aku serba kekurangan, supaya aku bangkit dari kekurangan menuju kesempurnaan walaupun diriku tidak sesempurna manusia, namun aku yakin aku tidak hidup untuk pujian menggunung manusia dan aku tidak mati dengan cacian manusia. Tawakalku dan matlamatku pada Sang Pencipta sahaja.

Tuhan berikan aku kelebihan supaya aku berkongsi manfaatnya dengan manusia lain.Kepada kawan yang simpan hati denganku, ribuan kemaafan aku pohonkan, sesungguhnya aku manusia yang tidak lari dari kesilapan dan kesalahan. Kepada manusia yang aku ‘buat tak tahu’, aku adalah bukit yang kebal dari caci maki manusia dan aku berlindung kepada Allah atas perbuatan kalian

يا الله, إني شديد فليني, وإني ضعيف فقوني, وإني بخيل فسخني

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s