Adab Seorang Muslim


Assalamualaikum wbt.

Hari ini bila aku perhatikan posting aku yang paling mendapat perhatian atau ‘top list’, aku dapati post tentang akhlak yang banyak mendapat sambutan, jadi aku ingin menulis sedikit tentang adab. Jika dulu aku ingin menulis tentang sirah, maka aku ingin tangguhkan bab sirah ini. Mungkin adab lebih utama jika dilihat pada masalah yang melanda pemuda-pemudi zaman sekarang, akhlak mereka bukan seperti dulu.

Jika dulu, kalo  orang yang dah bertunang nak pergi umah tunang dia, orang kampung akan kata xmanis dan sebagainya.Masa aku kecik2 dulu, kalo lambat balik, mesti orang kampung aku kata ” Fikri, balik cepat. Mak awak cari tu. Kalo dia  cari awak, dia selalu tanya makcik. Balik cepat, Dia risau kot ” dan sebagainya. Itulah tanda keprihatinan seorang jiran terhadap anak jirannya. Tapi itu dulu, bukan sekarang.Sekarang dah jadi lain, sekarang istilah ‘tolong-menolong’, ‘prihatin’ dan tukar jadi ‘ jangan jaga tepi kain orang ‘.

Masa aku di Morocco, masa first year, masa nak kena baiki rumah seorang kawan pada waktu malam, aku katakan padanya, malam xmanis jika lelaki ada di rumah seorang perempuan yang bukan muhrimnya, boleh mendatangkan fitnah, maka aku dicop macam mak dia. Alhamdulillah, aku bangga dengan akhlak dan tarbiah yang aku terima dari ummi dan abi setiap hari Ahad setiap seminggu.Cuba juga aku beristiqamah dengan mengikuti jejak langkah mereka berdua tapi malangnya aku hanyut.

Sekarang ni mungkin dah lain, Jika dulu kalo aku cakap ‘mende ni xmanis’, orang boleh terima, tapi sekarang mungkin aku dianggap kolot. Sesungguhnya zaman itu tidak mengubah akhlak dan budi bicara sesuatu kaum, bahkan zaman itu menjadikan ia lebih baik dengan terciptanya kemudahan yang pelbagai Dan telah menjadi sunnatullah, jika sesuatu kemudahan itu disalahgunakan, maka ia akan mendatang bala dan keburukan.

Kalo adab di zaman jahiliah, ialah menolong orang dan memuliakan tetamu di waktu musim sejuk seperti mana yang dikatakan oleh 6orfah bin Al-3abdu dalam syairnya ” Nahnu al-musytat nad3ul jafala, la tara al-adabu fina yantaqiru “. Dan telah datangnya Islam, mempercantikkan lagi, dan memperhalusi lagi adab dan akhlak sesama kaum. Islam lah yang menyambungkan tali persaudaraan, memutuskan peperangan, mengangkat darjat wanita dan sebagainya. Hadis Nabi seperti ” Addabani Rabbi Fa Ahsanu At-Takdibi ” dan pelbagai hadis lain.

Bila  kita cakap pasal adab, mari kita buka kitab Hadis 40, atau nama lainnya Arbain Nawawi. Kitab ini makruf di mana setiap orang Islam yang berilmu pasti akan kenal kitab ini.Walaupun namanya 40 Hadis Nawawi tapi ia mengandungi 42 Hadis.Kita lihat hadis ke 15.

1.Maksud Hadis

Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu , sesungguhnya Rasululllah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkatalah perkara yang baik-baik atau hendaklah diam sahaja; dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah memuliakan jiran; dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan tetamu.

(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

2.Latarbelakang

Hadith ini mengandungi peraturan berkaitan lidah dan sikap seorang muslim terhadap sesama manusia , khususnya jiran. Ia mengajar kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita ucapkan.

Imam Haitami berpendapat hadis ini sangat menyerupai makna yang ada dalam hadis ke 13 iaitu “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya apa yang ia cintai bagi dirinya.”

3.Berkata Baik Atau Diam

Islam sentiasa menanjurkan kita bercakap perkara yang mendatangkan faedah kepada agama. Sekiranya kita tidak mampu berkata perkara yang baik, adalah lebih baik kita diam sahaja kerana kata alim ulama, Banyak bercakap banyaklah dosanya. Biasanya manusia ini cenderung kepada kata-kata umpatan, fitnah , keji mengeji dan seumpamanya. Kerana itulah Nabi hanya beri 2 pilihan kepada kita iaitu sama ada bercakap baik atau diam. Hadis ke 12 menyokong anjuran yang disebutkan ini iaitu yang bermaksud, “Daripada keelokan Islam seseorang itu ialah ia meninggalkan perkara yang tiada kaitan dengannya.”

4.Memuliakan Jiran

Jiran pada setengah pendapat ulama’ ialah orang yang tinggal di sekeliling kita sebanyak 40 buah rumah. Ia tidak terhad kepada orang muslim semata-mata bahkan meliputi sesiapa sahaja yang tinggal berhampiran kita di hadapan, di belakang, di kanan dan kiri.

Ulama’ menggariskan ada tiga kategori jiran. Ada jiran yang mempunyai 1 hak iaitu jiran yang bukan Islam dan bukan juga saudara mara kita. Ada jiran yang mempunyai 2 hak iaitu jiran yang muslim. Dan ada jiran yang mempunyai 3 hak iaitu jiran muslim yang ada pertalian darah atau saudara mara kita.

Rukun berjiran dijelaskan dalam Islam secara terperinci. Antaranya, kita hendaklah sentiasa melayan dan menghormati mereka, tidak menyakiti fizikal mahupun perasaan mereka. Kita tidak boleh mendirikan bangunan atau menanam tanaman yang memasuki sempadan tanah mereka. Hatta air hujan dari atap kita tidak boleh jatuh ke dalam tanah mereka. Apabila sakit atau meninggal, hendaklah diziarahi. Apabila diminta pertolongan hendaklah membantu mereka.

5.Memuliakan Tetamu

Tetamu adalah orang yang bertandang ke rumah kita tidak kira siapa mereka sama ada saudara mara mahupun sahabat handai. Tidak kira sama ada miskin ataupun kaya, tidak kira tua ataupun muda.

Tetamu mempunyai hak bertamu selama 3 hari berturut-turut. Kita hendaklah memenuhi keperluan mereka selama bertamu itu seperti tempat tidur dan makan minum mereka.

6.Kesimpulan

Hadis ini mengajar kita tingkah laku sebagai orang yang beriman, dan sekiranya diamalkan dengan sempurna, ia akan mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni, berkasih sayang dan bekerjasama. Tidak timbul lagi masalah umpat mengumpat, fitnah memfitnah, keji mengeji, sakit menyakiti antara satu sama lain.


P/s – Aku ingin kita bersaudara dan saling nasihat-menasihati kemudian kita beristiqamah dengannya sehingga kita bertemu dengan Allah.

-Nataakho Wa Natawasa Summa Nastaqim hatta Nalqa Allah Fi Haza At-Toriq –

+Satu pertanyaan – ” Jika ilmu dan adab bertemu, mana yang perlu didahulukan ? “. Lihat bagaimana cucu Nabi SAW menegur seorang badwi yang cuai dalam mengambil wudu.

Wallahu a’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s