Abu Bakar r.a. dan Pengukuhan Negara Islam. ( Part 1 )


Saidina Abu Bakar r.a. (Manusia paling layak selepas Rasul s.a.w.)

Sesungguhnya manusia yang paling layak menggantikan Rasul Allah s.a.w. adalah Saidina Abu Bakar r.a. Golongan Syiah dan Muktazilah berpendapat Saidina Ali r.a. lebih layak untuk menggantikannya kerana kehebatan jihad Saidina Ali lebih besar dari Saidina Abu Bakar bertepatan dengan dengan ayat Allah yang bermaksud ,

Tidaklah sama antara mu’min yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk 340 satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk 341 dengan pahala yang besar, (QS. An-Nisa:95)

Dan golongan Ahli Sunnah menjawab,

Sesungguhnya jihad itu ada dua cabang, dari jihad dengan berdakwah kepada agama Islam dan jihad dengan pedang, dan sudah maklum bahawa Saidina Abu Bakar ialah mujahid yang pertama berdakwah kepada manusia kepada Islam. Dengan dakwahnya, maka Islamnya tokoh2 hebat di dalam perjuangan Rasul s.a.w. seperti Saidina Usman, Talhah dan Zubair, Saad bin Abi Waqqas, Said, Abu Ubaidah Al-Jarrah dan ramai lagi. Adapun Saidina Ali memang masyhur dengan keberaniaannya berdakwah dengan pedang dan kehebatannya di medan perang ketika bersama Rasul s.a.w. Dan hujjah bahawa Saidina Abu Bakar lebih layak dari Ali adalah berdasarkan sabda Rasul s.a.w.(1)

((Tidak akan terbit matahari dan terbenamnya ia ke atas Nabi dari Anbiya melainkan dari Abu Bakar )) (2)

Di dalam sirah ada diceritakan tentang kelewatan Saidina Ali membai3ah Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah ( Rujuk Al- 3awasim Min Al-Qawasim fi Tahqiq Mawaqif As-Sohabah Ba3da Wafati Nabiyy oleh Qadi Abu Bakar Al-Arabi ) dan kitab lain.

Peristiwa semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar;

1.Penghantaran Usamah bin Zaid r.a. ke sempadan Syam yang menjadi pertelingkahan di kalangan sahabat kerana umur Usamah ketika itu tidak melangkaui 20 tahun.Ada pendapat umurnya 18 tahun.

Rasul s.a.w. wafat tanpa sempat menghabiskan urusan penghantaran Usamah. Dan Saidina Abu Bakar meneruskannya walau ketika itu para sahabat bertelingkah pendapat dengannya. Ditambahkan lagi dengan peristiwa kemunculan kaun murtaddin di Jazirah Arab dan kemunculan ‘Al-Mutanabbi’ yakni orang yang mengaku Nabi seperti Musailamah Al-Kazzab, Al-ASwad  Al-Ansi dan sedikitnya bilangan muslimin ketika itu.

Saidina Abu Bakar tetap dengan keputusan untuk mnghantar Usamah dan beliau sendiri menghantar Usamah ke jalan Allah dengan berjalan kaki sedangkan Usamah menunggang kuda.Usamah r.a. pulang dengan membawa berita kemenangan

2.Munculnya Al-Aswad bin Ansi.Nama sebenarnya 3aihalah bin Kaab ibn Auf Al-Ansi. Dan dia dibunuh oleh tentera muslimin.

3.Perang bersama murtaddin seperti Tulaihah Al-Asadi dari Bani Asad bin Khuzaimah dan dia memeluk Islam tetapi murtad ketika zaman Rasul s.a.w.Dan mengikutinya Bani Asad dan kumpulan2 dari Semenanjung Jazirah Arab.

4.Penghantaran tentera Muslimin untuk memerangi ahli riddah.

Saidina Abu Bakar r.a. membahagikan tentera muslimin kepada 11 pasukan dan setiap pasukan ada benderanya dan ketuanya.Ketua mereka ialah;

1.Khalid bin Al-Walid – memerangi Tulaihah bin Khuwailid Al-Asadi kemudian memrangi Malik bin Nuwairah.

2.Ikrimah bin Abu Jahal – memerangi Musailamah Al-Kazzab.

3.Khalid bin Said – ke sempadan Syam

4.Amru bin Al-As – ke suatu tempat yang bernama Qudaah dan Wadiah.

5.Huzaifah bin Mihsan Al-Ghalfani – ke ahli Daba.

6. 3arfajah bin Harsamah – ke tempat yang bernama Maharah.

7. Syurahbil bin Hasanah – support team untuk Ikrimah dan seterusnya membantu Amru bin Al_As di Qudaah.

8. Al-Muhajir bin Abi Umayyah – ke tentera Al-Aswad bin Al-Ansi kemudian ke Hadramaut.

9.Ma3an bin Hajiz -ke tempat Bani Sulaim.

10. Suwaid bin Muqarin – ke Tihamah di Yaman

11. Al-Alaa bin Hadharami – ke Bahrain.

Dan mereka ini dipilih oleh Abu Bakar r.a untuk memerangi ahli Riddah. Dan tiada pasukan selainnya. Abu Bakar r.a. tidak menghantar Saidina Ali, Umar, Zubair dan mereka yang lain kerana ingin menghadapi sebarang kemungkinan.

5.Perang Bazahah dengan Thulaihah lari ke Syam.

6.Penghapusan Bani Tmim dan kisah Malik bin Nuwairah.

7.Peperangan Yamamah.Peperangan ini menjadi terkenal dalam sejarah kerana ia adalah peperangan terbesar dalam menentang ahli Riddah.  Khalid bin Al-Walid memerangi Musailamah Al-Kazzab di suatu tempat yang bernama Al-Yamamah iaitu perjalanan selama 4 hari dari Mekkah, negeri yang subur dengan ladang kurma.

Bilangan musuh mencapai 40000 orang. Diceritakan Musailmah ini kecil tubuhnya, yang menjadi orang kepercayaan kaumnya. Menganut Islam ketika zaman Nabi dan berdakwah untuk kaumnya  (Bani Hanifah ) sehingga kaumnya memeluk Islam keseluruhannya. Beliau murtad dan mengaku sebgai nabi.

Selepas Nabi wafat, Saidina Abu Bakar menghantar Ikrimah bin Abu Jahal, disokong oleh Syurahbil bin Hasanah. Ikrimah menghantar surat kepada Abu Bakar bertanyakan tentang banyaknya tentera Musailamah Al-Kazzab. Dan Abu Bakar r.a. menghantar Khalid yang baru balik dari tugasnya kemudian menggabungkan 2 lagi pasukan di bawah pimpinan Khalid iaitu Tsabit bin Qais bin Syammas untuk kaum Ansar dan Abu Huzaifah dan Zaid bin Al-Khattab mewakili kaum Muhajirin. Kemudian berangkat ke Yamamah untuk bertemu dengan musuh.

Dan berlaku perang yang dahsyat di anatar ahli riddah dan kaum Muslimin. Dan Musailamah dibunuh oleh Wahsyi iaitu hamba yang membunuh Saidina Hamzah r.a. di dalam perang Uhud dan seorang Ansar.Di dalam perang Al-Yamamah ini, syahidnya ramai hufaz Al-Quran. Dan kisah penulisan Al-Quran, pengumpulan Al-Quran, ijtihad Saidina Abu Bakar dan sebagainya. ( Rujuk kitab Al-Fikr As-Sami fi Tashri3 Al-Islamy  oleh ???? ( Maaf xingat ) )

8.Perang di Bahrain dan karamah Al-Alaa bin Hadhrami.

Rujukan;

Rujukan utama ialah Tarajim Khulafa Ar-Rasyidin oleh Muhammad Redha. Aku terjemahkan darinya sebagai latihan untuk terjemahan secara spontan ‘ tarjim fauri’ .

1.Tarajim Khulafa Ar-Rasyidin. Kewibawaan Saidina Abu Bakar diperkuatkan lagi dengan qaul Saidina Ali di Kufah sewaktu beliau berkhutbah yang bermaksud ” Sebaik² umat ini selepas Nabinya ialah Abu Bakar dan Umar dan jika kamu menamakan aku selepas mereka, maka terpulanglah kepada kamu “.

2.Hadis ini bertaraf Hasan. Diriwayatkan dari Tariq dari Ibnu Juraij dari Atha’ dari Abu Drda. Hadis ini Marfu3.

Habis Part 1. Kita sambung part 2 iaitu Perluasan Wilayah Islam di Zaman Abu Bakar As-Siddiq r.a. di post yang akan datang. Jika ada sebarang kesilapan, sila maklumkan kerana aku manusia yang lemah dan dhaif yang sentiasa ada kelemahan dan kesalahan. Maha Suci Allah yang Sempurna.

Aku berlindung dari menjadi orang yang jahil dan menyesatkan orang.

Alimmujahid

Teratak Bonda,

Rabat yang Menangis.

Advertisements

2 comments on “Abu Bakar r.a. dan Pengukuhan Negara Islam. ( Part 1 )

  1. baru faham…selama nie dok lam kelas…..ngeee…..doktor cakap tk paham….doakan saya ustaz fikri..saya dlm fatrah imtihan…ya allah..kuatkan hati saya..

    • Wassalam,
      terima kasih atas penghargaan saudari. Hutang masa yang saudari peruntukkan untuk membaca tulisan saya terbalas dengan manfaat yang saudari dapat darinya. Semoga semua bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s