Dakwah Bermula dan Kepentingan Negara Islam (Part 2 )


Era Madinah: Sebuah Negara

Sasaran: Menjelaskan kepentingan daulah dalam usaha dakwah Muhammad s.a.w.. Islam perlu diperlihatkan sebagai sebuah sistem hidup manusia. Apabila Islam berkuasa segala syariat Islam dapat dilaksanakan dan manusia dapat melihat keindahan Islam secara keseluruhan. Era ini berlangsung selama 10 tahun (623 – 633M).

Kuasa di Tangan Islam

Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi pemimpin di Madinah dan disepakati oleh seluruh penduduknya dalam Piagam Madinah.
Dengan adanya kuasa, pelbagai syariat telah diturunkan dan dilaksanakan dalam sistem negara. Manusia dapat melihat Islam daripada sudut aqidah, sosial, ekonomi dan perundangan. Dalam
suasana ini, Allah s.w.t. telah mensyariatkan pelbagai hukum kepada ummat Islam:
(Makkah) 10/11 Kenabian – Solat
(Madinah) 2 Hijriyyah – Jihad, Azan, Puasa, Zakat
3 – Larangan Arak (i) , Riba, Perkahwinan
4 – Hijab, Arak (ii)
5 – Tayammum, Zina, Tuduhan
6 – Perincian hal munakahat
7 – Arak (iii), Riba’
8 – Jizyah, Haji

Beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang era Madinah:

1. Pembinaan Masjib Nabawi.

2. Persaudaraan Aus dan Khazraj.

3. Piagam Madinah (Ibnu Ishaq): Ini menyatakan tanggung jawab Muslimin, ahli Madinah dan juga Kaum Yahudi.

Seruan Jihad :
4. Penghantaran kumpulan-kumpulan Sariyah, seperti peristiwa Nakhlah (Abdullah bin Jahsy)

5. Perang Badar 2 Hijriyyah
a. Perang pertama umat Islam. Peperangan yang tidak dijangka. (Surah Al-Anfal)
b. Bani Qainuqa’ dihalau (kerana mengungkit cerita Bu’ath yang menyebabkan pergaduhan orang Ansar)

6. Perang Uhud 3 H (Syawal)
a. Peristiwa Raji’ (10 sahabat), Bir Ma’unah (70 sahabat pilihan hafaz Al-Quran)
b. Bani Nadhir dihalau

7. Perang Khandaq 5 H (Zulqaedah)
a.Diceritakan di mana berlaku suatu peristiwa di mana Nabi bersegera menentang Bani Quraizah selepas berakhirnya Perang Khandak. Perang Khandak ialah di mana kehebatan iman para sahabat diuji. Mereka dikepung oleh 10,000 tentera bersekutu ( Ajzab), perang ini juga dinamakan perang Ahzab. Dan kaum muslimin ditekan dari atas ( kepungan pasukan Ahzab) dan bawah ( pengkhianatan Bani Quraizah ). Sila rujuk Sirah Ibnu Kathir, Sirah oleh Ibnu Hazam, Ma3al Mustapha dan sebagainya. Diterangkan dalam Surah Ahzab, dimana Allah menguji sahabat2 Nabi dengan sehebat2 ujian. (Surah Al-Ahzab, 9 – 17 )

  1. Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan ni’mat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepadamu tentara-tentara, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin topan dan tentara yang tidak dapat kamu melihatnya 1205. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (QS. 33:9)
  2. (Yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan (mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan 1206 dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. (QS. 33:10)
  3. Di situlah diuji orang-orang mu’min dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat. (QS. 33:11)
  4. Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: “Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya”. (QS. 33:12)
  5. Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: “Hai penduduk Yatsrib (Madinah), tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamu”. Dan sebagian dari mereka minta izin kepada Nabi (untuk kembali pulang) dengan berkata: “Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga)”. Dan rumah-rumah itu sekali-kali tidak terbuka, mereka tidak lain hanyalah hendak lari. (QS. 33:13)
  6. Kalau (Yatsrib) diserang dari segala penjuru, kemudian diminta kepada mereka supaya murtad 1207, niscaya mereka mengerjakannya; dan mereka tiada akan menunda untuk murtad itu melainkan dalam waktu yang singkat. (QS. 33:14)
  7. Dan sesungguhnya mereka sebelum itu telah berjanji kepada Allah: “Mereka tidak akan berbalik ke belakang (mundur)”. Dan adalah perjanjian dengan Allah akan diminta pertanggungan jawabnya. (QS. 33:15)
  8. Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja”. (QS. 33:16)
  9. Katakanlah: “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (takdir) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?” Dan orang-orang munafik itu tidak memperoleh bagi mereka pelindung dan penolong selain Allah. (QS. 33:17)
  10. Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang menghalang-halangi di antara kamu dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: “Marilah kepada kami”. Dan mereka tidak mendatangi peperangan melainkan sebentar. (QS. 33:18)

b. Perang Bani Quraizah

8. Perjanjian Hudaibiyah 6 H (Zulqaedah)
a. Nabi Muhammad s.a.w. bersama 1400 atau 1500 orang Muslim pergi untuk
mengerjakan umrah.
b. Baiat Ridwan (Surah Al-Fath 48: 18)
Selepas Perjanjian Hudaibiyah (perdamaian 10 tahun)

9. Dakwah kepada Amir/Raja (diplomasi)
1- Najasyi (Habsyah) Ashamah b Al Abiar
2- Muqauqis (Mesir)
3- Kisra (Persia)
4- Kaisar (Rom)
5- Mundzir b Sawa (Bahrah)
6- Haudzah b Ali Al-Hanafy (Yamamah)
7- Al Harith (Damsyik)
8- Raja Uman

10. Perang Khaibar 7 H
a. Serangan terhadap kubu kuat Kaum Yahudi di Khaibar.
b. Bilangan tentera Muslim : 1400 orang

11. Perang Mut’ah 8 H
a. Tentera Islam menuju ke Syam dan sampai ke suatu tempat yang jaraknya 2 hari berjalan ke Baitulmaqdis. Ketua tentera: Zaid Haritsah i Ja’afar i Abdullah bin Rawahah. Perang ini berlaku kerana pembunuhan utusan Rasul.Di dalam perang ini 3000 tentera Muslim menentang 200,000 tentera Rom. Dan ketiga2 ketua tentera syahid.Allahuakbar.Hebatnya semangat para sahabat. Dan Khalid bin Al-Walid menggunakan kepintarannya menjauhkan tentera Muslim dari tentera Rom demi keselamatan tentera Islam. Dan Khalid dikecam kerana peristiwa mengundurkan tentera Islam. Tetapi Nabi berkata dalam sabdanya yang sahih ” Mereka bukan lari ke belakang, tetapi mereka akan kembali (Laisu al-farrar, walakinnahum al-karrar) , Rujuk Fiqh Sirah Al-Buti.

12. Fathul Mekah 8 H
a. Dirahsiakan daripada pengetahuan Makkah
b. Kisah Hathib b Abi Balta’ah (ahli Badar) yang cuba memberitahu keluarganya di Makkah tetapi dimaafkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
c. Abu Sufyan bersama isterinya Hindun memeluk Islam setelah pembukaan Makkah.

13. Perang Hunain 8 H
a. Pertama kalinya tentera Islam melebihi tentera musuh.Tetapi Allah memberi kemenangan kepada tentera Hawazin di bawah pimpinan Malik bin Auf. Dan akhirnya Allah mengurniakan kemengan kepada tentera Muslim. Dari perang ini, Allah ingin menjelaskan kepada kita, SESUNGGUHNYA orang Muslim bukan menang kerana BILANGAN yang ramai, tetapi kerana  SEMANGAT Jihad yang hebat.

14. Perang Tabuk 9 H
a. Tentera Islam pergi menyerang tentera Rom di Tabuk. Mereka menawarkan perdamaian dan membayar Jizyah. (Surah At-Taubah)

15. Haji Wida’ 10 H
a. Disertai seramai 124000 atau 144000 orang.

Peningkatan yang Mendadak

Setelah 10 tahun di Madinah, seramai 124 000 orang (atau 144 000 orang) telah menerima Islam.Jumlah ini merangkumi seluruh Jazirah Arab dan dianggar berdasarkan Haji Wada’ pada tahun 10 Hijriyyah.

Kenapa ini boleh berlaku?

Hakikatnya dakwah Islamiyyah akan dapat diterima oleh ramai manusia sekiranya kebenaran dan keadilan Islam dipersembahkan sebagai sebuah model masyarakat dan negara. Dakwah tidak memadai dengan hanya menyatakan teori-teori dengan kata-kata indah.

p/s- Jika sahabat2 menemukan kesalahan fakta, sila tegur saya kerana saya manusia biasa tidak lari dari kesalahan dan kesilapan. Wallahu alam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s