Dakwah Bermula dan Kepentingan Negara Islam (Part 1 )


Permulaan Dakwah.

Bermula ketika Nabi berumur dalam lingkungan 40 tahun. Selepas turunnya wahyu pertama, maka bermulalah dakwah mengajak kepada keesaan Allah dan berakhir sehingga bangkitnya kiamat.

Wahyu Pertama,

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq 96: 1-5)

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.” (Surah Al-Muddastsir: 1-7)

Dakwah Sirriyah: 3 tahun yang tersembunyi.

Rasulullah s.a.w. kemudiannya memulakan seruan dakwahnya kepada mereka yang terdekat dan dipercayainya.  Ini termasuk Khadijah, Zaid bin Haritsah, Ali bin Abi Thalib dan Abu Bakr r.a. (golongan pertama). Melalui Abu Bakr r.a. : ‘Uthman bin Affan, Zubair bin Al-‘Awwam, Abdul Rahman bin ‘Auf, Saad bin Abi Waqas dan Thalhah bin ‘Ubaidillah r.a.. Seterusnya, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Said bin Zaid dan Fatimah Al-Khattab, Bilal bin Rabah, Abdullah bin Jahsy dan Suhaib Ar-Rumi. Selama 3 tahun, seramai 40 orang (anggaran) yang memeluk Islam.

Dakwah Jahriyyah: Seruan terbuka.

Bermula selepas turunnya wahyu,

“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.”(Surah As-Syu’ara’ 26: 214)

Nabi menyeru kepada kaum keluarganya (2 majlis kenduri). Pertama: Rasulullah s.a.w berdiam diri dan langsung tidak berkata apa-apa pun kerana Abu Lahab membuat kecoh.

Kedua: Abu Talib menyatakan kesediaaannya untuk menyokong Nabi s.a.w.

Kemudian, seruan kepada masyarakat umum,

“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.”(Surah Al-Hijr 15: 94)

Nabi menyeru kepada penduduk Makkah di Bukit Safa. Rasulullah berkata: Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu. Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu! Maka kata Abu Lahab: Binasalah kau diseluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul kami semua, dengan itu turunlah ayat Allah dari Surah Al-Lahab yang mencela Abu Lahab yang bermaksud:

“Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab “. (Surah Al-Masad 1)

Nabi Muhammad s.a.w. meneruskan usaha menyebarkan Islam selama 13 tahun kepada setiap manusia di Makkah dan sekelilingnya. Dakwah Islamiyyah tetap diteruskan walaupun mengharungi pelbagai mehnah dan dugaan.
1. Penentangan oleh Kaum Quraisy dan juga Bani Tha’if.
2. Tuduhan [Tenung nasib, Gila (Surah Al-Hijr 15: 6), Penyair, Sihir (Surah Shad 38:4)]
3. Siksaan [Nabi, Mus’ab bin Umair, Bilal3, Ammar dan Keluarga Yasir, Khabbab bin Al-Arat.
4. Boikot selama 3 tahun pada tahun 7 kenabian [Bani Hasyim dan Bani Muthalib]
5. Diplomasi [Gilir-gilir sembahan (Surah Al-Kafirun), ‘Utbah bin Rabi’ah: Harta, Kehormatan, Raja atau bagi tabib].

Selama 13 tahun baginda s.a.w. melakukan dakwah di Makkah, hanya 300 orang yang menerima Islam (anggaran). Sedangkan, Nabi s.a.w. mempunyai masa yang cukup panjang untuk berdakwah dan penduduk Makkah hanyalah dalam lingkungan 10 000 orang sahaja5 (anggaran diambil dari Perang Uhud). Rasulullah ‘sepatutnya’ telah bertemu dan berdakwah kepada setiap orang di Makkah. Kenapa dakwah Nabi tidak diterima sedangkan baginda dikenali sebagai Al-Amin?

Pada permulaan ini, seruan Nabi s.a.w. menyeru manusia mentauhidkan Allah s.w.t. dan kembali beriman dengan kehidupan Akhirat. Secara keseluruhannya, seruan ini berkisar mengenai Aqidah. Tidak banyak syariat Islam yang ditetapkan pada era ini. Allah tidak membenarkan umat Islam pada ketika itu mengangkat senjata dan membalas penentangan (Surah An-Nisa’ 4: 77):

“Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad), akan orang-orang Yang (pernah) dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan)…”.”

Di dalam buku sirah, terdapat khilaf di kalangan ulama sirah yang mengatakan golongan awal yang memeluk Islam ( As-Sabiqunal Awwalun) terdiri daripada golongan fakir miskin. Ada pendapat yang mengatakan pendapat salah, ini kerana Saidina Abu Bakar, Saidina Abdul Rahman bin Auf adalah seorang yang kaya raya. Rujuk Fiqh Sirah Al Buti dan buku sirah lain seperti mana yang saya pelajari ketika semester 4.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s