Dakwah Nabi s.a.w. (Zaman Jahiliah )


p/s- Aku belajar sirah ini dengan Ustaz Abu Zaid. Best jugak

Nabi lahir ketika zaman kegelapan ( jahiliah ) yang melanda orang Arab.

Zaman jahiliah yang melanda masyarakat Arab dapat dilihat dari 2 aspek iaitu,aspek material dan juga aspek moral.Dalam membicarakan era jahiliyyah wajar kita menumpukan kepada soal moral masyarakat Arab
ketika itu.

Ketuhanan: Mereka asalnya mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. tetapi telah terpesong kepada penyembahan berhala dan nenek moyang. 400 tahun sebelum kedatangan Muhammad s.a.w., Amr bin Luhai membawa sebuah berhala Hubal dari Syam dan menjadi berhala yang pertama di Kota Makkah (diletakkan di atas Ka’abah). Setiap kaum mempunyai berhala mereka sendiri. Ada yang menjadikan berhala sebagai perantara dan masih menganggap Allah sebagai pencipta alam ini.(Surah Luqman 31: 25).

Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah: “Segala puji bagi Allah”; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (QS. 31:25)

Asobiyyah Jahiliyyah: Mereka sangat mengagung-agungkan kaum sendiri. Mudah menimbulkan perbalahan antara kaum atas sebab-sebab yang remeh. Juga suka merendah-rendahkan kaum lain. Keagungan kaum diperolehi dengan kehebatan dalam peperangan dan kekuatan persenjataan. Selain itu, sangat berleluasa perlakuan zina, judi, pembunuhan anak perempuan, dan juga penindasan terhadapan golongan miskin dan anak yatim.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s