Hati. Apa nak jadi?


4. Hadith III: Hati menentukan perilaku manusia

“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah
seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”(Hadith
ke-6, Hadith 40 An-Nawawi)

Hari ini post aku bertajuk pasal hati. Hati manusia yang mengubah sejarah mereka. Hati juga yang menjadi agen kepada runtuh sebuah tamadun. Sakit hati, dendam dan akhirnya mengorbankan ribuan manusia. Itu hebatnya peranan hati. Hati dan nafsu bila jauh dari rahmat Allah, binasalah manusia itu.

Belum sentuh pasal cinta lagi kan.Tengok hati kita. Bila dah cinta, hati jadi terikat pada orang yang tersayang. Perintah Allah dilupai, perintah Rasul dilupai tapi perintah makwe mudah sangat diikut. Kerana hatilah, teruna sanggup naik bas lompat 5 kali untuk jumpa dara, tapi teruna xsanggup plak nak seberang jalan untuk sahut panggilan rindu masjid.

Hati ini sedih. Sedih yang teramat. Sedih lihat perpecahan antara umat Islam dan ingin membaikinya. Perpecahan antara muslim.  Yang memburukkan lagi, berpecah sambil belajar. Sanggup bergaduh sebab lain fahaman. Contoh mudah, tengok je la mahasiswa pengajian Islam yang berlainan negara. Mahasiswa negara ni pergi negara sana dicop wahabi oleh mahasiswa negara sana. Padahal Islam itu cantik, mudah dan syumul dalam semua perkara. Mengapa perlu ditegakkan benang yang basah dan mengapa perlu diputuskan nilai persahabatan demi khilaf yang furu3 dalam perbahasan agama. MasyaAllah.Semuanya kerana hati la.

Bagi penuntut ilmu agama: carilah jalan kearah kesatuan ummah, bukan menambahkan kesakitannya. Kita percaya dengan kedudukan ilmu yang berada disisi anda, namun cara perlaksanaannya berbeza.

-Perkara pelik disisi kita tidak pelik bagi orang berilmu, cumanya perlu diterangkan kesahihannya. Diantara cara perlaksanaannya:-

1-Perjumpaan antara dua pihak atau tiga pihak,

2-Pengiktirafan martabat ilmu kedua-dua pihak,

3-Mempunyai ilmu dan kefahaman yang mantap dan sahih tentang tajuk,

4-Azam untuk capai kata sepakat.

Perbincangan dikhalayak ramai akan hanya memecah kan umat, sebaik dan semoleknya diadakan sesama pihak yang berkenaan.

Aku lihat dalam perbahasan agama. Ada macam2 team. Team Zamihan, team Asri dan macam2 teamla yang aku xlarat nak sentuh kat sini.

Sahabat-sahabatku sekalian, Kuatkan keazaman, teruskan wadah perjuangan, biar perit laluannya sukar, penuh tohmahan, mulut-mulut yang sumbang, tabah lah! tabah lah! tabah lah!

p/s- aku sedang mencuba cara baru untuk berjidal.cuba untuk berjidal dalam sebuah blog dengan meletakkan nilai persahabatan sebagai priority supaya tidak berpecah kerana perbezaan pendapat. Ya Allah, permudahkan dan jangan kau susahkan kami.Amin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s