2 Kekurangan Generasi Sempurna dan Solusinya.


Anak “biah solehah” yang “terpenjara” dalam sangkar ” kumpulan”.

 

Anak dakwah dan tarbiyah itu membesar di dalam biah solehah. Boleh jadi hasil baitul muslim ibu dan ayah. Iya, lelaki yang terbaik dan terpilih dan perempuan yang terbaik dan terpilih mendirikan sebuah perjanjian sehidup semati. 

 

Sebuah Perkahwinan.

 

Anak itu lahir darinya. Mengecapi kenikmatan hidup tarbiyah secara penuh dan tidak terhad sepanjang lahirnya. Membuka mata, merangkak, berjalan, bercakap, senyum dan semua hidupnya di dalam biah solehah.

 

Setiap minggu berkesempatan pergi usrah mingguan. Umurnya ketika menjejak awal persekolahan di sekolah terpilih yang mempunyai persekitaran dan rakan yang disaring untuk menerima 24 jam kehidupan penuh dakwah dan tarbiyah. Kawan mereka dari orang yang terpilih, terbaik. Barangkali mereka yang melepasi 2-3 tapisan. Semuanya untuk istilah yang bernama ” Membesar di dalam Biah Solehah”.

 

Sewaktu orang lain mula bernyanyi lagu-lagu yang popular di radio dan televisyen, mereka menyanyikan lagu-lagu Pejuang Palestin. Bahan bacaan mereka dari penulis yang bermandikan peluh dan darah dakwah dan tarbiyah. 

Iya.

 

Orang2 yang menebus diri mereka dengan debu jalanan dan darah merah-pekat dalam merintis jalan dakwah dan tarbiyah.

Orang yang mendapat pencerahan di dalam jahiliyah yang gelap-pekat dan malam maksiat yang kelam.

 

Mereka orang terbaik. 

 

Orang-orang generasi kedua atau mungkin ketiga. Mereka yang membesar dalam ruang dakwah dan tarbiyah yang sangat maksimum.

 

Itulah aku. Sahabat-sahabat terpilihku, adikku, abangku, kakakku dan mereka yang hidup dalam kehidupan yang terpilih, yang terancang.

 

Aku lahir dari keluarga baitul muslim, dari mula aku menghirup udara dan sehingga kini, tidak lekang dari dakwah dan tarbiyah.

 

Menjengah alam sekolah menengah, mereka diajar persaudaraan sesama Islam, kehebatan dan keagungan Islam.

 

Tujuannya tidak lain, generasi yang meneruskan dakwah dan tarbiyah. 

 

Generasi yang semakin lengkap dan hebat dalam dakwah dan tarbiyah.

 

Tapi kekurangan mereka ada 2-3, barangkali banyak sepanjang pengalaman aku.

 

1. Mereka disuap sepenuh bahan dakwah dan tarbiyah. 

 

Sehingga tidak menghargai daripada bahan-bahan yang ditulis dengan darah dan tarbiyah. Mereka berlainan dari generasi pertama atau generasi perintis yang mengharungi dengan pengalaman sendiri, berjumpa sendiri, bersusah payah dengan darah dan lelah keringat yang akhirnya mereka sangat-sangat menghargainya di dalam kehidupan.

 

Penghargaan itu tidak mampu dibalas sehingga menjadikan generasi pertama itu sentiasa bersama dengan kumpulan mereka. 

 

Jika dia mengenali jalan dakwah dan tarbiyah itu dari kumpulan A, maka A lah menjadi kehidupannya sehingga dia mati. Begitulah jga dengan mereka yang mengenali kumpulan B, C dan D.

 

Padahal asas bacaan mereka, tokoh sanjungan mereka, sandaran mereka, hampir sama. Hampir sama. Bahkan sangat mirip.

 

Tapi itu pada generasi pertama, bukan generasi sempurna ini. 

 

Mereka sudah terbiasa disuap sehingga mereka umpama singa di dalam kurungan yang akan mati jika dilepaskan di hutan kerana kehilangan kemahiran berburunya.

 

Berapa ramai orang-orang dari generasi sempurna ini yang disifatkan ” mereka-mereka yang gugur dalam jalan dakwah”.

 

Berapa ramai dari mereka yang sempurna ini, tidak mampu untuk membawa diri, menjadi pembawa bendera dakwah dan tarbiyah di mana mereka bertapak. Bendera perubahan dan islah, jauh sekali.

 

Ya, sentiasa bersama dengan kumpulan kamu. Tetapi ingat, daie yang hebat itu umpama jatuh ke laut, menjadi pulau, jatuh ke darat menjadi tanah yang subur dan bermanfaat.

 

Wahai generasi sempurna, baliklah pada asal kamu, balik dan tatapilah generasi tua kamu. Belajarlah sejarah, hayatilah dan ambillah ibrah terbaik darinya. Kuasa asas dan prinsip semampunya.

Baliklah pada al-Quran dan as-Sunnah. Dan jangan lupa gigit ia sekuatnya dalam kekreatifan kamu berdakwah dan bertarbiyah.

Ingat, ilmu menjaga kita dari ketaksuban mempertahankan kesalahan pemimpin, dan ilmu juga menjadikan kita memandang jauh ke hadapan.

2. Mereka yang kekal di dalam suasana selesa dan tidak berani untuk terbang jauh dan tinggi dari sarang mereka.

Ketika mereka membesar menjadi pemuda dan pemudi, mereka diajar tentang kesatuan, persamaan, orang2 Islam.

Tetapi dakwah mereka, jalan mereka, kebanyakannya di dalam kumpulan mereka sendiri.

Biasakah berjumpa dengan generasi sempurna dari kumpulan A yang bersama2 berganding bahu dengan generasi sempurna dari kumpulan B dan C untuk menjayakan sebuah matlamat dakwah Islam yang bersifat universal?

Tidak, bahkan ada yang didorong oleh pemimpin mereka, atau naqib mereka.

“Usah engkau membazir masa di dalam aktiviti kumpulan A” , kata naqib dari kumpulan B pada mad’unya.

Walaupun dalam isu2 yang besar seperti Palestin dan sebagainya.

Bagaimana si ” Fatimah” dari kumpulan B, yang bekerjasama menjayakan atau menjadi sukarelawan bagi aktiviti kumpulan A atau C dituduh belot dari kumpulannya.

” Ah, usah membazir masa, kerja dan aktiviti di dalam kumpulan kita pun apa kurangnya. “

Belajarlah tentang keutamaan, diri, keluarga, masyarakat dan sebagainya. begitu jugalah daripada diri, sampailah kepada alam jagat.

Namun, perlu difahami bahawa kumpulan anda bukan kumpulan terbaik. 

Belajarlah dari kumpulan lain untuk dibudayakan “silang-ilmu”, yang akhirnya anda memperoleh idea, teknik dari kumpulan lain yang tiada di dalam kumpulanmu.

Ingatlah wahai adik2ku dari generasi sempurna, kita mesti reservekan di dalam hidup kita, paling2 3-4 tahun untuk mencari dan meneroka. 

 

3-4 tahun itu kita menjadi “orang biasa”, memasuki komuniti dan kumpulan yang pelbagai, mencari pengalaman dan ilmu yang pelbagai, yang mana itulah bahan2nya untuk kita adunkan nanti menjadi ramuan dakwah dan tarbiyah yang sempurna.

Jangan takut untuk meniadakan keterbatasan ruang di dalam dakwah dan tarbiyah sewaktu usia muda ! 

 

Semua orang perlu try and error. 

 

Jangan takut jika error itu ada. Anda manusia yang berbayangkan kesilapan dan kesalahan.

Bukankah murabbi,naqib anda teman terbaik anda?

Nota ini ditulis untuk adik2 dari generasi sempurna untuk terbang sebentar di angkasa meneroka sebanyak2nya alam dakwah dan tarbiyah, biarpun ia dari kota, gunung, perkampungan, gua dan sebagainya.

Kita masih muslim walaupun terbang dan meneroka ke mana2 sahaja. 

 

Mengapa takut dengan cabaran dan rintangan?

 

Bukankah apa yang disuapkan untuk kita sepanjang kita membesar itu untuk kegunaan kita dalam kehidupan kita pada masa mendatang?

Bangunlah…
Kepakkan sayap…
Jangan lupa terbang tinggi..
Nikmati pemandangan yang pelbagai…
Hinggaplah di mana2 sahaja…
Dan taburkan benih dakwah dan tarbiyah..
Dan berjanjilah…

Nanti baliklah ke sarang…

dengan makanan yang pelbagai…
Jangan lupa si rajawalibiru.

– aku tidak lupa juga untuk mengungkapkan segala kekagumanku pada mereka yang “biasa2”, yang dikutip dari “longkang jahiliyah”, yang meranduk segala susah-payah dan menemui pencerahan dakwah dan tarbiyah dalam hidup mereka. Sehinggakan aku merasa yakin, orang2 seperti inilah yang akan iltizam dan istiqamah dalam jalan dakwah dan tarbiyah, lebih baik dari generasi sempurna.

Aku,

Abu Abdirrahman,
Fikri az-Zahabi ar-Ribati.

Sedikit Cerita tentang Hidup Saya

– Saya sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki. Saya juga sedang bergiat cergas sebgai Guru Pendidikan Khas. Ini sahaja yang boleh saya kongsikan kpada pembaca.

-Maaf sebab lama blog ini tidak berupdate. Saya berada di kawasan kampung yang capaian internetnya agak lemah. kalau nak berhubung dengan saya, facebook saya ada.

Raya 2013


 Assalamualaikum wbt buat para pembaca yang dihormati.

InsyaAllah entri kali cuba untuk seringkas yang mungkin.

1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat para pembaca yang dihormati dan sahabat yang mengenali diri.  Semoga kekal dalam fitrah. Sambutlah hari Raya tanpa dosa, pembaziran dan bidaah.

2. Alhamdulillah, tahun ini beraya sebagai seorang suami. Beraya dan menziarahi saudara dan kaum kerabat yang baru , Belajar tentang persaudaraan hasil dari hubungan perkahwinan.

3. Masa yang sekejap perlu dihabiskan sebanyak mungkin untuk memaksimumkan kualiti dalam masa itu. Alhamdulillah, sedikit sebanyak ramai saudara yang sempat dikunjungi.

4. Dalam kemeriahan kita beraya, ingatlah saudara2 seagama kita di sana. Berilah sedikit daripada harta untuk mereka. Sudah ramai pejuang di sana. Mereka perlukan bantuan kita dari segi wang dan material

Ya Allah kurniakanlah kami pakaian taqwa.

Ya Allah kurniakanlah kami pakaian taqwa.

5. Semoga Aidil Fitri yang kita sambut bukan sebagai perhentian untuk kita beramal soleh, sebaliknya sebagai satu persinggahan sahaja untuk kita terus berjalan dan berlari dalam melakukan amal soleh.

Islam Dari Hati

6. Saya berkesempatan melawat beberapa orang sahabat. Perkenalan ketika kami bersama-sama beristiqamah dalam kuliah Sunnah, bertukar-tukar maklumat kuliah dan akhirnya menjadi kawan rapat. Ramai yang sudah berkahwin dan ada yang sudah dikurniakan anak selepas pasangan yang solehah. Alhamdulillah.

7. Perkahwinan itu itu suatu ibadah dan pendidikan yang sangat hebat bagi seorang lelaki. Membaca dan terus membaca untuk menghadapi cabaran kehidupan seterusnya, meluaskan lagi pembacaan tentang isteri, anak kerana akan bergelar ayah, hubungan sesama saudara dan keluarga isteri dan sebagainya.

Teringat nasihat seorang teman yang menginsafkan hati. Itulah teman yang baik dikutip dari persekitaran yang baik,

” Kadang-kadang Allah tangguhkan sedikit nikmatnya kerana dia sayangkan kita. Kerana dosa kita. Jadi beristighfarlah selalu, maka Allah akan memberi rezekinya yang banyak. “

Benarlah Firman Allah SWT ;

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).  [Surah Nuh ayat 10-12]

8. Sambil-sambil borak dengan sahabat dan dengar kuliah-kuliah agama yang mereka pergi, terasa nak bergenang air mataku. Teringat kata Shaykh Abdullah Azzam ” Ketika aku bersama mereka, aku memperbaharui hidupku, dan ketika aku jauh dari mereka, aku seperti ikan yang dikeluarkan dari air “. Manisnya bersama ilmu dan persekitaran yang baik.

9. Kesedaran Islam itu kena wujud dalam diri lagi. Selepas aku beruzlah dari IM dan usrah, aku menyibukkan diri dengan kelompok2 pemuda yang iltizam dengan kuliah dan dakwah. Beberapa tahun selepas itu mereka berkembang. Dari berseorangan menubuhkan NGO dan kumpulan masing-masing. MasyaAllah, pemuda dan kekuatannya yang sangat hebat. Aku jumpa ramai pemuda yang tidak memakai label Islam pada diri mereka tapi mereka bekerja untuk Islam. Mereka dari kalangan orang biasa, tidak menghadiri bulatan usrah, tidak menjadi ahli gerakan Islam dan sebagainya, tapi mereka sangat hebat.🙂

10. Sehingga kini apabila tiba persoalan dalam diri ” Haruskah aku melibatkan diri dalam kumpulan gerakan Islam dan memperkuatkan mereka, aku masih ragu-ragu dan tiada jawapan. Barangkali kerana aku melihat mayat yang hidup di rumah atau pengamal bidaah yang tegar di rumahku atau kurma Made In Iran yang berserakan di rumahku. Wallahua’lam. Terasa seperti jauh lagi untuk melibatkan diri dengan kumpulan Islam. Kumpulan Islam yang persekitarannya menuruti Al-Quran dan As-Sunnah dan pengamalannya mengikut amalan Salafussoleh masih dalam pencarian.

” Bagaimana aku mahu melibatkan diri dengan kumpulan ini dan itu selepas melihatkan ahlinya yang berpuluh tahun dalam usrah dan tarbiyah tetapi kehidupannya seperti itu? “

11. Sahabat Salafiku berseloroh ” Barangkali mereka tidak menjadikan kisah Aishah sebagai contoh idola murabbi agung, atau kisah Musa AS sebagai pendakwah yang sabar berhadapan dengan mad’u yang zalim, atau kisah Nabi Nuh AS yang sabar berdakwah selama 950 tahun. “

12. Wallahua’lam. Bila melihatkan generasi seperti adik-adikku yang usrah dan tarbiyah mereka dicelup versi Korea atau K-pop, atau versi artis atau apa sahaja penjenamaan atas nama dakwah, aku jadi agak sukar lagi . Aku sendiri tak merasakan versi dakwah seperti atas nama kreatif akan bertahan lama. Seharusnya seruan al-asolah dan tajdid itu mesti tegar dan malar-hijau.

Benarlah Firman Allah SWT ;

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”. [ Surah al-Baqarah ayat 138]

13. Aku merasakan apabila kesedaran itu sudah ada, maka apabila dicampak ke dalam lautan jahiliyah, ada semangat dan usaha untuk menjadikan persekitaran Islam itu terbentuk. Tapi kalau dalam diri sudah tiada, duduk dalam kumpulan Islam pun jadi “lemas”. Belajar Islam pun seperti baca surat khabar. Itu pun kalau beli surat khabar.

Penutup

1. Seorang figur agama telah berpoligami, ramai juga heboh juga orang perempuan pasal poligami. Aku tak mahu komen dan berdiam sahaja. Tahniah ustaz. Wassalam.

Hidup tetapi Mati


Assalamualaikum wbt. Semoga sihat.

Guru Pendidikan Khas dan Ramadhan

Sekejap sahaja masa berlalu dengan begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah hampir 3 bulan saya jadi suami orang, sudah hampir 7 bulan saya jadi Guru Pendidikan Khas.

Mengajar Murid Berkeperluan Khas sangat mencabar minda kesabaran. Keperluan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran sangat perlu. Kejap tukar kaedah ini, kejap pakai kaedah itu. Juga memerlukan stamina yang agak tinggi lagi-lagi bila berhadapan dengan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang merupakan penghidap ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) yang sangat cergas dan penuh tenaga.

Dugaan Allah bertambah hebat. Aku cemburu melihatkan sahabat sepengajian yang belajar mengajar sambil ditemani guru pembimbing mereka, tetapi guru pembimbing aku ada seperti tiada. Seorang yang berusia emas dan akan pencen mungkin tahun depan dan mempunyai masalahnya sendiri. Kena banyak bertanya dari sahabat2 sepengajian dan kawan-kawan sekerja.

Ramadhan yang mendatang menguji kesabaranku dan ketahanan mental dan fizikal. Dalam menghadapi cabaran hidup, pengalaman kali pertama antara perkara yang aku sangat ambil kira dan berikan penekanan. Semoga bulan Ramadhan yang menjelma memberikan aku kekuatan fizikal dan mental di samping tugas-tugas dakwah yang bertambah.

Ambil kata Ust Adlan buat semangat.

” Jadi Guru Pendidikan Khas ini walaupun orang tak pandang, tetapi pahala sangat banyak. Besar pahala membangunkan agama di kalangan golongan Orang Kurang Upaya(OKU), cuma kena ikhlas dan selalu perbaiki niat. “

Asam Garam Perkahwinan

Tahun pertama perkahwinan merupakan tahun yang agak getir dan kritikal bagi sesebuah perkahwinan, kerana masing-masing banyak belajar dalam menangani kehidupan seharian sebagai orang yang berstatus baru dan masalah dengan perangai masa bujang. Mesti rajin baca buku, bersabar dan saling memahami pasangan.

Allah takdirkan kami duduk berjauhan pula. InsyaAllah, selepas kesusahan itu pasti akan datangnya kemenangan dan pertolongan.

Isu Mesir

Ramai sahabat bertanyakan kepada saya berkaitan isu Mesir, lagi-lagi mereka yang berstatus ikhwan + salafi sikit. Mungkin sebabnya mereka melihat saya sudah mengalami terlebih dahulu. Saya cuba untuk memperhalusinya dan mengupasnya mengikut poin agar mudah difahami.

1. Kita fahami isu di Mesir ikut kehendak rakyat Mesir, bukan kehendak kita kemudian digoreng sesedap rasa. 

Kita melihat apa yang berlaku di Mesir seolah-olah Morsi tidak mempunyai apa-apa kesalahan. Tapi kita perlu fahami ia mengikut kehendak rakyat Mesir, bukan mengikut kefahaman fikrah IM kita. Rakyat yang dihimpit kesusahan dengan cukai yang tinggi, keperluan asas yang tiada dan kehidupan yang mendesak akan bangkit melawan penguasa yang soleh dan hafiz.

Iya kesalahan ada pada Ikhwan, tetapi membantu untuk membenci mereka itu kesalahan yang lebih besar.

Kita berharap kepada kejayaan mereka, kita bersedih di atas kegagalan mereka. Ini betul. Hati Islamis mana yang tidak sedih melihatkan seorang pemimpin yang sah dilantik dirampas kuasanya dan digantikan oleh penguasa sekular?

Kesalahan mereka diambil peluang oleh musuh-musuh Islam dan akhirnya tentera campur tangan. Ya Allah, peliharalah Mesir dan ahlinya dan ulamanya.

2. Ya Allah, Kami melihat betapa berpecahnya kesatuan di dalam hati2 kami, dan betapa bersatunya musuh2 kami di atas kami.

Di sini kita perlu menghalusi lagi beberapa golongan yang kita anggap sebagai satu golongan. Kenyataan Khadim a-Haramayn, pemimpin Saudi bukanlah mencerminkan kenyataan ulama-ulama Saudi, bahkan Shaykh Khaslan, ahli Haiah KSA sendiri dan beberapa shaykh lain berlawanan kenyataan mereka dengan Khadim. Mereka membantah dan bersedih dengan apa yang berlaku di Mesir.

Hizb Nour bukanlah satu-satunya parti salafi dan mencerminkan keseluruhan golongan salafi di Mesir. Beza antara dakwah Salafyah dan Hizb Nour (Parti Nour).

3. Kita tidak sepatutnya mendidik masyarakat untuk menjadi gopoh dalam membuat perubahan, sebaliknya perubahan itu perlu dilakukan dengan berperingkat2.

Poin yang ketiga berkaitan isu demonstrasi. Bagi saya sendiri, demonstrasi itu berubah hukumnya mengikut keadaan dan tidak statik. Mungkin dibolehkan jika ia dilakukan oleh warganegara yang bertamadun tinggi, mempunyai adab kesopanan dan mementingkan penjagaan alam persekitaran yang tinggi.

Pendapat peribadi saya, Malaysia tidak sesuai lagi untuk berdemonstrasi ini kerana ramai lagi yang masih tidak mencapai syarat yang saya ulaskan di ayat di atas. Contoh terbaru kita boleh video sekumpulan anak muda yang membahayakan diri menghalang laluan keretapi padahal demonstrasi hanya di atas jalanraya. Iya ia memang dilakukan oleh segelintir orang sahaja, tetapi unsur2 ketidakpastian itu tetap ada. Unsur yang membawa kepada kerosakan itu apabila ia ada ia menyebabkan hukum berubah. Apatah lagi melakukan kerosakan yang besar dan mudah dinilai.

Demonstrasi sendiri sebagai salah satu cara kita mendidik masyarakat tergopoh gapah dalam membuat perubahan. Adakah nanti apabila pemimpin yang naik tidak dapat membuat pembaharuan dalam jangkamasa yang diinginkan oleh masyrakat yang menginginkan pembaharuan dengan cara tergopoh, maka akan berlaku lagi revolusi dan demonstrasi untuk menumbangkan pemimpin baru tersebut.

Bagi setiap perkara dari perspektif maqasid ada pertimbangan kebaikan (maslahah) dan keburukannya (mafsadah). Jika keburukan itu terlalu banyak, maka boleh diambil tindakan berdasarkan keburukan yang lebih sedikit.

4. Kita berserah dan bertawakal kepada Allah, Allahlah sebaik2 tempat berlindung dan berserah, bukan Morsi dan Erdogan, bukan Khadim al-Haramayn dan Majlis Keamanan Dunia.

5. Demonstrasi aman, revolusi dan rampasan kuasa adalah perkara yang berbeza.

6. Ulama yang berijtihad dan dia salah, maka dia beroleh satu pahala, jika dia berijtihad dan dia betul, maka dia beroleh dua pahala.

7. Ada manusia yang mentaati pemerintah yang naik secara rampasan kuasa, dan ada manusia yang mentaati pemerintah yang dilantik secara sah. Semua itu ada timbangan maslahah dan mafsadahnya yang perlu diteliti sebaik mungkin.

Adapun berkaitan ini, saya beranggapan akan ada golongan yang segera membaiah dan mentaati pemimpin baru yang naik secara rampasan kuasa ketika fitnah rancak berlaku kerana mereka ingin mengurangkan mafsadah yang sedia ada. Seperti orang yang berundur dari medan peperangan kerana merasakan jika berperang akan mengalami kekalahan, sebaliknya berundur dan meakukan persiapan untuk menghadapi perang itu.

Sejujurnya ini bukanlah yang paling tepat. Allah sahaja yang mengetahui. Namun tidak dinafikan tampuk kepimpinan itu sendiri mempunyai maslahah yang besar yang terkandung di bawahnya maslahah2 yang besar yang lain. Contoh termudah kesatuan umat dan keamanan sejagat yang memungkin bolehnya bekerja, bersekolah, beribadat dan lain2.

Allahua’lam.

Selamat Membuat Persediaan Menghadapi Ramadhan. Mohon doakan saya agar saya dapat memasuki masayarakat dan bermuamalah dengan mereka dengan baik walaupun perbezaan kami sangat jauh. Doakan saya agar tegar di atas sunnah walaupun kekadang meniti jalan antara tasamuh dan tasyaddud dan tasahul. Allahua’lam.

Saya hamba yang lemah dan muda hijau dengan pengalaman. Terima kasih pada orang tua yang bijaksana.

Asam Garam Seorang Graduan Agama.

Masuk bersama masyarakat terutamanya ditempat kerja mengajar aku banyak perkara terutamanya tentang kebenaran dan teguh di atas prinsip. Ada di antara mereka bertanyakan kepadaku beberapa perkara yang hampir kepada haram dan syubhat, dan aku menjawabnya dengan baik, jelas dan diselangi dengan penerangan tentangnya. Hinggalah akhirnya terkeluar ucapan yang agak mengguriskan hatiku.

” Tak payahlah tanya ustaz tu, asyik tak boleh je, bila nya nak boleh tak tahu lah”.

Baru jumpa seorang makcik mengadu pasal menantunya ustaz. Katanya ustaz agak syadid. Dia tanyakan padaku adakah kebanyakan ustaz fikirannya sebegitu. Syadid syadid syadid. Sana tak boleh sini tak boleh. Bila tanya soalan, katanya tunggu sekejap. Lepas diceritakan dan diterangkan akhirnya kesimpulannya tidak boleh. Aduh, aku sudah garu kepala.

Barangkali untuk pembaca bertaraf pak cik atau makcik, aku nak sarankan kepada mereka, jika rasa tak prihatin terhadap hukum hakam atau memandang ringan hukum agama, tak payahlah nak ambil menantu orang graduan agama, nanti susah jadinya. Nak buat macam-macam tapi tak boleh.

Ada kemungkinan ustaz itu syadid atau tidak, boleh dilihat dari banyak faktor. Tapi bagi aku kalau perkara yang menghampiri haram atau syubhat yang nak hampir kepada haram atau perkara itu jelas ada larangan dari Nabi SAW, memanglah jawapannya tidak boleh. Pusinglah ikut mana pun, memang tidak boleh. Wallahua’lam.

Di pihak aku sendiri, aku sedang cuba untuk berteguh dengan pendapat agama yang aku yakini, namun mesti juga bersifat terbuka dan mendengar penjelasan banyak pihak. Proses tarbiyah bukan sesuatu yang mudah dan segera. Mentarbiyah isteri, keluarga isteri , mertua dan sebagainya yang memang datang dari persekitaran dan asal yang berbeza.

Saya tidak mahu jadi Graduan Agama yang belajar 4-5 tahun ilmu agama, tetapi apabila berkhutbah berdasarkan sebuah kertas yang boleh dibaca oleh seorang penjual nasi lemak atau orang awam. Saya juga tidak mahu menjadi graduan agama yang menjual agamanya dengan harga yang murah, seperti mencedok air tasik Darul Quran dan menjualnya kepada orang ramai atas nama air ajaib dan bermukjizat. Saya juga tidak mahu jadi graduan-graduan agama yang hebat ketika belajar dan kepimpinannya, tetapi apabila masuk ke alam pekerjaan, hanya memikirkan bini yang cantik, rumah yang besar dan kereta yang hebat dan akhirnya dia dicampakkan ke dalam tong sampah keduniaan dan nikmatnya dan ilmu agamanya hanya sekadar ilmu orang langit yang tidak sesuai atau tidak diajari kepada orang bumi.

Ya Allah tanda-tanda itu kian jelas baik di kalangan senior dan junior saya sendiri. Saya tidak mahu seperti itu

Wassalam.

Muhasabah Selepas PRU – Dakwah itu Universal dan Sejagat.


Pendahuluan – Artikel ini ditulis untuk aktivis dakwah, untuk pimpinan NGO dan badan Islam supaya mereka berfikir dalam kerangka yang lebih luas, melihat bidang dakwah yang lebih luas.

Bak kata Xifu Naser – 

Sejauh manakah ustaz2 dan pendakwah2 kita bersedia dan mampu berhadapan dgn THE BATTLES OF IDEOLOGICAL DISCOURSES yg bersifat multiracial, multimazhabs, multi-interests? DAKWAH PASTI MAKIN SENGIT DAN DAKWAH IS NO LONGER A COMFORT ZONE krn keseimbangan antara unity and multiplicity bukan mudah.SUDAH TIBA MASA, Muslim movements SERIOUSLY melahirkan ikon2 politik/pendakwah/aktivis/ulama MALAYSIAN Chinese Muslims dan bangsa2 lain utk REBRANDING semula Islam supaya lebih bersifat UNIVERSAL dan TIDAK MENGETENGAHKAN MEREKA HANYA SEBAGAI ‘MUALLAF’ YG HANYA LAYAK BERDRAMA TTG ‘MENGAPA SAYA PELUK ISLAM’. Kejayaan Nabi saw dan bangsa Quraysh adalah kerana sokongan pelbagai qabilah (bangsa) dan pada masa yg sama, bangsa Quraysh legitimately mengekalkan kepimpinan politiknya. Inilah yg saya katakan sbg salah satu isu keseimbangan antara unity and multiplicity.
Muhasabah Selepas PRU – Dakwah itu Universal dan Sejagat.
 
Mari kita pindahkan sekejap pandangan kita ke Indonesia. Kita imbau dan baca sejarah2 mereka. Kebanyakan gerakan Islam di Indonesia hari ini terletak pada Masyumi, Darul Islam dan Dewan Dakwah Islam Indonesia (DDII).
 
Pemikiran Salafi dan Ikhwanul Muslimin telah mengubah wajah gerakan Islam pada 1970-an dan wujudnya Partai Keadilan Sejahtera (PKS) pimpinan Hilmi Aminuddin (ayahnya anggota Darul Islam) dan tokoh Salafi Abu Nida (Alumni LIPIA yang bernaung di bawah DDII)
 
Masyumi diasaskan pada 7 November 1945 yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuk NU(Nahdatul Ulama) dan Muhammadiyah. 6 Jun 1947, Masyumi mengeluarkan Manifesto Politik yang menekan keperluan Negara Islam.
 
Kita boleh lihat tulisan dan pemikiran tokoh2nya seperti Muhammad Natsir, Isa Anshari, Abu Hanifah dll.
 
Masyumi ingin memperjuangkan Islam melalui Parlimen manakala Darul Islam melalui tidak dan terkenal dengan sikap kerasnya seperti ketenteraan dan sebagainya.Darul Islam terkenal di Jawa Barat, Jawa Tengah. Sumatera(Aceh), Kalimantan  dan Sulawesi Selatan. Akhirnya gerakan DI berakhir, dan ramai anggotanya berpecah belah. Ada yang mendirikan pondok, masuk ke PKS dan sebagainya. Pengaruh mereka nampak di dalam gerakan-gerakan Islam di beberapa daerah seperti Jakarta, Jawa Barat, Sulawesi Selatan, Nanggroe Aceh. Asas mereka ialah pesantren, masjid dan kampus. 
 
Di sini pemikiran anggota DI berubah, mereka menerima pengaruh IM, Salafi, tidak kurang juga Hizbut Tahrir.

Masyumi dan DDII

 
Masyumi juga sama. Mereka gagal. Pada 7 April 1967, Partai Muslimin (Parmusi) diasaskan. 1967 mereka mengasaskan DDII yang bergerak di dalam bidang dakwah, bukan politik.
 
DDII berperanan dalam membina dan merekrut kader2 gerakan Islam yang hebat. DDII menjadi lembaga Islam yang pertama yang mengusahakan secara serius pengiriman mahasiswa ke Timur Tengah.
 
DDII menjadi agen utama pembahagian Rabithah Alam al-Islami yang dibiayai oleh KSA(Kingdom of Saudi Arabia) untuk belajar di Timur Tengah. Sehingga 2004, DDII telah mengirimkan mahasiswa ke Timur Tengah dan Pakistan. Mereka ini yang menjadi pemain utama penyebaran dakwah dan agen kesinambungan gerakan tajdid dan Islah Islam di Indonesia.

DDII mengasaskan Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab (LIPIA) yang merupakan cabang dari Universiti Islam Muhammad Ibnu Saud di Riyadh. Lembaga inilah yang telah melahirkan ribuan ALUMNI agen penggerak gerakan Salafi dan pemain2 penting dalam dunia dakwah dan Tarbiyah.

Ini dilihat dengan kedatangan Shaykh Abdul Aziz Abdullah al-Ammar, seorang murid tokoh paling penting Salafi, Shaykh Abdullah bin Baz ke Jakarta untuk bertemu dengan Muhammad Nastsir. Seterusnya DDII memainkan peranan penting dalam merekrut mahasiswa seperti Persis, Muhammadiyah dan al-Irsyad.

Yusuf Usman Baisa adalah alumni LIPIA yang melanjutkan pelajaran ke Arab Saudi, Afghanistan dan Pakistan juga Univ I Imam Muhammad Saud di Riyadh. Abu Nida juga belajar di Univ Islam Imam Muhammad Ibnu Saud di Riyadh. Selesai pelajarannya pada tahun 1985, dia bergabung dengan Jamilur Rahman di perbatasan Pakistan-Afghanistan, dan pada tahun 1986, dia balik dan mengajar di pondok(pesantren) DDII iaitu Pesantren Ibnul Qayyim.

Jaafar Umar Thalib, antara pemimpin Laskar Jihad, belajar di Institus Maududi di Lahore dengan biasiswa DDII pada tahun 1986. Kemudian belajar dan dilatih oleh Jamilur Rahman di perbatasan Pakistan-Afghanistan. Pada tahun 1991, dia belajar dengan Shaykh Salafi yaman, Shaykh Muqbil Ibn Hadi al-Wadi di Dammaj.

DDII juga berperanan dalam karya penterjemahan karya tokoh gerakan Islam di Timur Tengah ke dalam bahasa Indonesia seperti buku karya Ustaz Hasan al-Banna, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Sayyid Qutb – rahimahullah- dan Abul A’la al-Maududi (Jamaat islam).

Asas gerakan DDII ialah pesantre, masjid dan kampus. DDII memberi sumbannga kepada pesantren2 dan mengelolakan sumbangan dari Timur tengah untuk membina masjid2 yang dikelolakan oleh aktivis2 DDII. DDII menyusun dengan aktif program pelatih bagi alumnus daripada berbagai organisasi pelajar Islam.

Lihat contoh aktiviti seperti usaha Bina Masjid Kampus, Kegiatan Latihan Mujahid Dakwah, melengkapkan masjid dengan lembaga dakwah dan perpustakaan.

Lihat orang yang pernah dibantu oleh DDII seperti Yazid Jawas, pengajar di pesantren Minhaj al-Sunnah di Bogor, Ust Abdul Hakim yang mengajar pengajian rutin Salafi di DDII dan pengajian di masjid2 dan Yusuf Usman Baisa yang mendirikan Pesantren al-Irsyad dan banyak lagi tokoh2 dakwah yang hebat.

Namun, DDII juga melahirkan tokoh2 Islam yang radikal seperti KH Hussein Omar, Dr Anwar Haryono yang mengasaskan Gerakan Reformis Islam(GARIS) yang dipimpin oleh H Chep Hernawan Dapet.  Juga Abu Bakar Basyir, KH Abdul Qodir Jaelani,Ahmad Sumargono, KH Khalid Ridwan yang menjadi ahli dalam Dewan Syuro GARIS.

Kita juga dapat melihat generasi hasil DDII ini yang berjuang untuk menubuhkan undang2 Islam seperti UU Pengelolaan Zakat (1999), UU Wakaf (2001), UU Penyelenggaraan Haji ( 2004). Bahkan ada UU Anti Pornografi.

Perjuangan menegakkan Islam tidak pernah berhenti, pada tahun 2000-2009, muncil fasiliti berkaitan kehidupan masyarakat seperti busana Muslim, miras, penguatkuasaan khalwat, pelacuran dan perjudian di daerah2 dan kota2.

Catatan Penulis.

Tujuan nota ini ditulis untuk kita sama2 bermuhasabah tentang dakwah selepas PRU. Aktivis2 dakwah mesti aktif dan istiqamah dalam kerja dakwah dalam semua bidang. Aktivis dakwah juga mesti beranggapan bahawa dakwah Islam mesti diluaskan lagi, iaitu tidak terhad pada satu parti politik dan bidang politik sahaja.

Lihatlah sahabat2 kita di Indonesia seperti DDII, mereka telah bekerja keras dalam pembentukan generasi pelapis dan tokoh2 dakwah. Tokoh2 dakwah dan generasi pelapis pimpinan Islam tidak pernah putus dan sentiasa ada dan semakin banyak. Tidakkah kita merasa kagum dengan DDII.  Bangunlah dari persepsi sempat PAS sahaja dalam arena politik, penggunaan kalimah Islam, pengutamaan isu lain daripada akidah dan sebagainya.

Contohilah mereka. Bangkitlah sahabatku. Teguhkan akidah. Rajinkan diri kuliah ilmu. Lupakan segala perbezaan antara pendapat dalam perkara2 furuk. Redhailah dan kasihilah saudara kamu dari kalangan Ikhwani dan Salafi. Cintailah Muslim kesemuanya.

Artikel ini juga ditulis untuk memberi pandangan yang lebih luas untuk NGO Islam, Parti Islam dan aktivisi2 dakwah dan tarbiyah. 

Kita mesti membina negara Islam itu dengan membina generasi Islam dari umat/masyarakat sendiri. dakwah dalam semua bidang mesti berjalan tanpa membezakan sesiapa dan dengki terhadap jasa /sumbangan orang lain.

Ayuh Sahabatku, Apa kata kita mulakan dahulu dengan pengumpulan dana untuk membeli buku Riyadhus Solihin dan mengedarkannya pada setiap masjid dan surau contohnya. Lihatlah Jemaah Tabligh, siapa yang tidak kenal buku Fazail Amal, buku yang masyhur dan ada di mana-mana sahaja. Itulah bukti kedermawanan mereka dan kehebatan dakwah mereka.

Kita mencontohi semangat tabligh dari Jemaah Tabligh, semangat Waayul Islami dari Ikhwanul Muslimin, ketegasan dalam akidah oleh golongan Salafi, dan kesatuan umat oleh Hizbut Tahrir. Kita tidak menafikan adanya kelebihan dan kekurangan dalam setiap golongan ini. Namun kita ambil yang baik, kita teruskan ke hadapan dan terus melangkah.

InsyaAllah harapan itu masih ada. Kecintaan pada agama itu tidak pernah padam dalam jiwa aktivis dakwah dan tarbiyah.

Mohon maaf atas salah dan silap. Sebarang perkongsian boleh komen.

Jazakallah khairan kasiro.

Mohammad Fikri bin Mohammad Nasri.

Tukar Status


Assalamualaikum wbt.

Saya cuba untuk menulis selaju yang mungkin lantaran waktu sudah pukul 12 tengah malam. Waktu menulis saya telah dicuri oleh waktu membuat assignment dan waktu turun bersama masyarakat.

Saya ditempatkan di Jertih. Kubu Kuat UMNO. Kawasan berlatarbelakangkan padi. Perkampungan ini kaya dengan semangat setiakawan dan perpaduan di kalangan penduduk kampung. 

Saya agak sibuk kebelakangan ini. Alhamdulillah, 13 April saya sudah bertukar menjadi status suami orang. Ada ibu dan ayah baru. Ada tanggungjawab baru dan amanah baru. Umur bertambah seiring dengan tanggungjawab dan amanah.

Saya juga sedang mendekati masyarakat di sini. Juga sedang berlatih menjadi Guru Pendidikan Khas yang baik. Saya mahu jadi Specialist dalam Pendidikan Khas. Namun saya masih tidak tinggal lagi dari mengulangkaji pelajaran Hadis, Sejarah dan Tauhid. Doakanlah semoga impian saya berjaya.

PRU 13.

Alhamdulillah, misi saya berjaya. Misi PRU 13 untuk menjatuhkan calon Syiah dari semua parti berjaya walaupun ada seorang yang terlepas. Itu yang berada dalam pemerhatian saya dan kawan2, yang terlepas kami serahkan kepada Allah.

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kekuasaan pada sesiapa yang dikehendakinya, dan menghinakan sesiapa yang dikehendakinya.

Alhamdulillah, telah sempurna PRU13, telah lepas waktu dan masa2 fitnah dan pergaduhan. Selamat berbaik kembali. 

Saya rasa sekadar itu sahaja. Maafkan saya andai blog ini kembali usang dan lambat updatenya. Ada impian yang perlu saya selesaikan. Ada jihad yang perlu saya istiqamahkan. Jihad melawan Syiah dan jihad pendidikan agama untuk golongan kurang upaya.

Saya berjalan dan anda boleh lihat saya berjalan. Jika mahu berjalan dengan saya sekadar sebatu, anda boleh mengkritik saya. Itupun dengan baik dan beradab. Saya tidak perlu orang asing yang merempuh pintu adab dan akhlak.

Selamat datang generasi yang muttabi3 (membuat penilaian) dalam politik. Selamat datang politik calon. Selamat tinggal orang tua yang masih hidup dalam kebodohan taqlidnya. Orang yang duduk dalam zon selesa dia tidak kemana. 

Dia mungkin jadi naqib usrah. Ada usrah, tapi sayang dia gagal jika dalam kampungnya, dalam daerahnya masih ada orang Melayu sesat Islamnya, masih ada orang Melayu Syiah.

Dia gagal apabila dia bersama dengan kawan2nya, selesa dengan persekitaran yang sedia ada. Selamat berkawan dengan musuh anda dan itu akan mengajar anda supaya berhati2 ketika berkawan dengannya. Musuh yang hebat lebih baik dari kawan yang melalaikan.

~Saya sedang menekuni padi masak bersama kanak-kanak istimewa. Terjun ke dalam dunia mereka demi dakwah agama. ya Allah, tabahkanlah hati saya menjadi Guru Pendidikan Khas. Sungguh saya sangat bahagia dengan nikmat2 Mu ya Allah.

Wassalam.

Jertih


Assalamualaikum wbt.

Akhirnya dapat mengupdatekan blog ini selepas tidak dapat membukanya selepas sekian lama. Rasa nak update selepas dapat satu mesej ” Ustaz dah berhenti menulis blog ker? “.

Akhirnya Jertih tempat aku bertapak.Alhamdulillah, menapak di rumah sewa di sebuah kampung kecil. Duduk di rumah kayu, dikelilingi oleh pokok-pokok buahan. Serba hijau dan menenangkan jiwa. Masa masuk rumah, terfikir betapa indahnya dan bestnya pemandangan. Persekitaran yang menyumbang untuk membaca pada waktu pagi.

Rindu betul kuliah hadis.

Ikutkan hati mahu tukar kitab Fazail Amal dengan Al Muntakhab (Kitabul Adab), tapi apakan daya, nak masuk dengan masyarakat kena tadriji. Doakanlah untuk saya agar tegar dalam manhaj salaf ini.

Guru Pendidikan Khas

Dulu ada tengok cerita Aamir Khan dengan budak disleksia, sekarang melaluinya setiap hari.

Jihad mengajar agama kepada murid bermasalah pembelajaran. Mereka antara golongan yang terpinggir.

Kena rasa Izzah (bangga) walaupun bergelar guru Pendidikan Khas(PK), kerana masih ramai yang memandang rendah Bahagian Pendidikan Khas.

Ustaz K-Pop

Beberapa hari duduk di rumah sewa, baru tahu rupa-rupanya hampir semua housemate aku peminat kipas-susah-mati K-Pop. La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah. Aku hanya mampu mengucap panjang melihat graduan-graduan agama sibuk menghafal lagu K-Pop, menggantikan banyak kitab turath yang patut mereka kaji dan baca.

Pengajian di universiti samada di luar negara atau di dalam negara, tidak bermakna  jika anda menganggap proses pembelajaran hanya di universiti, dan menganggap ia berakhir selepas anda bergelar graduan. Lebih-lebih lagi anda bergelar graduan pengajian agama. Bak kata seorang kawan, selepas graduasi anda yang tentukan samada anda mendapat kunci atau tidak untuk membuka bidang-bidang kepakaran anda. Sangat rugilah bagi graduan yang berjaya dengan cemerlang tetapi berfikiran seperti ini.

Belajar agama bukan untuk kerja dan sekeping sijil tapi untuk kehidupan. Sepanjang hidup. Seperti kita perlukan kekasih hidup.

Ketika aku di Lembah Klang dahulu dan ketika aku melayari Facebook, aku menjawab soalan2 dari orang awam yang sangat ghairah belajar agama. Bila difikir2kan mereka dengan Ustaz K-Pop ini, aku jadi malu sendiri. Tersangat2 malu. Sebilangan kecil sahaja orang graduan agama yang boleh menyumbang kepada agama, kebanyakan mereka hanyut ditelan dunia akhir zaman.

~Balik rumah, aku tengok koleksi video K-Pop adik-adik aku, graduan KTD, graduan sekolah penuh dengan tarbiyah. Dibandingkan dengan aku yang belajar sekolah agama, tidak duduk dalam persekitaran pendidikan Ikhwan, menyebabkan aku jadi bersyukur ayah aku tak masukkan aku dalam sekolah tarbiyah. Kenapa aku tengok? Kerana aku nak tahu apa yang menyebabkan mereka jadi sangat minat kepada K-Pop? Dan jiwa aku gagal mencari sebabnya.

Aku bersyukur kerana aku mendapat manhaj Salafussoleh ini. Syadid dalam beberapa perkara. Syadid terhadap mereka yang meninggalkan solat.  Alhamdulillah, Ikhwani dan Salafi satu pakej yang terbaik buat masa ini dalam hidup aku.

Beruzlah daripada Jahiliyyah Abad 20?

Aku memerhati dengan teliti cara-cara pakcik dan makcik2 berpakaian. Aku dapati dari segi berpakaian, jika tudung dan pakaian wanita itu berubah fesyennya mengikut zaman. Tudung yang sepatutnya tebal dinipiskan, Tudung yang sepatutnya dilabuhkan, diringkaskan sehingga tidak menutup dadanya dengan sempurna. Pakaian yang sepatutnya tidak menunjukkan bentuk badan, kini menunjukkan bentuk badan.

Menutup bonjolan dada, bahagian yang timbul di dada wanita ialah wajib

Dalilnya ialah firman Allah SWT :

 Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (An-Nuur : 31)

Menampakkan bentuk badan bagi wanita ialah haram dan termasuk mendedahkan aurat. Perbuatan memakai baju kurung yang mengikut saiz badan dan ketat serta menampakkan bonjolon ‘buah dada’ adalah haram dan termasuk tidak menutup aurat. Ramai muslimah terbiasa memakai tudung di atas dada, disimpangkan tudung sehingga bahagian dada tidak ditutup lalu kelihatan terbonjol bahagian dada atau timbul kerana pakaian dalam.

Bonjolan/bentuk buah dada wanita yang timbul dari balik pakaian ialah aurat yang wajib dilindung/ditutup dari pandangan mata lelaki. Sedangkan gelang dikaki pun dilarang untuk dibunyikan, firman Allah SWT :

Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.’ [An-Nur: 31]

Maka bahagian dada yang tertimbul adalah lebih wajib ditutup kerana menarik perhatian lelaki dan menjadi fitnah serta termasuk dalam aurat yang perlu ditutup.

Kredit kepada Murabbi Ustaz Emran.

Kesimpulan yang aku dapat buat, kalau pergi usrah 20-30 tahun tapi lepas pergi usrah lagha dengan jahiliyah balik, tidak pergi kuliah agama, tidak berusaha untuk memperdalamkan kefahaman agama dalam diri, maka sedikit demi sedikit akan mengikuti jahiliyyah.

Kepada pembaca-pembaca Ikhwani yang membaca entri ini, apa kata selepas ini anda teliti pakaian makcik dan saudara-saudara perempuan Ikhwani anda, mungkin ada kebenaran pada entri ini.

Semua orang boleh menjenamakan “usrah” dan “tarbiyah”, tapi bukan semua orang dapat kunci “usrah ” itu sendiri. Sekarang orang boleh buat duit atas nama “usrah” dan “tarbiyah” walaupun pada hakikatnya kesannya tidaklah sebagus mana dan sehebat namanya. Semua orang boleh mendabik dada dengan sekolah tarbiyah yang mereka buat, tapi pada hakikatnya, prestasi yang mereka tengok ialah pada akademik juga.

Nasihat Nabi yang Ringkas.

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Dzakwan Ad Dimasyqi berkata, telah menceritakan kepada kami Al Walid bin Muslim berkata, telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Al ‘Ala` berkata, telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abi Al Mutha’ ia berkata; aku mendengar ‘Irbadl bin Sariyah berkata; “Pada suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri di tengah-tengah kami. Beliau memberi nasihat yang sangat menyentuh, membuat hati menjadi gemetar, dan airmata berlinangan. Lalu dikatakan; “Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan nasihat kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiyat.” Beliau bersabda: ” Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meski kepada seorang budak Habasyi. Dan sepeninggalku nanti, kalian akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham, dan jangan sampai kalian mengikuti perkara-perkara yang dibuat-buat, karena sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat.” Hadis riwayat ÷bnu Majah no. 42

Pergi usrah 10 tahun ke, 20 tahun ke, tapi kalau kefahaman agama masih tak kuat, akidah tak kuat, bergelumang dengan perkara-perkara bid’ah tak menjamin lagi untuk menjadikan diri mampu menghadapi fitnah akhir zaman.

Celoteh Lahad Datu

Saya nak tulis selepas selesai kenduri doa selamat di rumah saudara Truper VAT69 yang kini sedang berperang di Lahad Datu.

Sepatutnya Tuan Jeneral ATM cakap macam ini ” Encik Tian Chua bawa satu kompeni dari DAP, kami (ATM) kasi M-16, pasti Encik dan kompeni encik boleh pergi lawan pemberontak Sulu. “.

Pemimpin dan rakyat seperti kisah Luqman al-Hakim dan orang sekitarnya. Di situlah terletaknya kebijaksanaan pemerintah. Membuat keputusan yang bijaksana dan apa yang baik di sisi Allah dan Rasul walaupun tidak nampak baik di sisi manusia.Very Able Troop maksudnya Askar Serba Boleh. Adakah mereka berperang tetapi di atas nama polis? Tapi sudah diberitahu nama pasukan keselamatan yang sedang bertugas di sana.

Malaysia menjadi “mastermind” dalam meredakan ketegangan konflik di Thailand dan Filipina. Adakah ini harga yang perlu dibayar oleh Malaysia?

Malaysia terletak di jalan “emas”, tersepit antara kuasa US di barat dan kuasa China di Timur. Semoga apa yang berlaku di Lahad Datu dapat diselesaikan dengan baik dan bijaksana. Terlampau ramai musuh di dalam dan diluar negara yang mahu menangguk di air yang keruh. Adakah ini juga sebabnya kenapa tentera masih dalam “standby-mode? “. Alhamdulillah, tentera sudah mengambil alih.

Saya hanya rakyat biasa. Bukan strategist. Tidak terlibat dalam ketenteraan. Kita tidak tahu apa yang bermain di dalam minda strategist dan pakar keselamatan negara.

Selamat beraksi pahlawanku. Semoga kembali dengan selamat. Kami dan warga kampung menanti kepulanganmu. Sejujurnya kami bangga denganmu. Begitulah adat Begitulah adat seorang askar. Tinggalkan keluarga dan saudara di belakang, mempertahankan tanahair. Duduk di dalam keperitan hidup, bukan di atas kerusi empuk dan “air-cond”. Si suami berjuang, keluarganya dimaki orang. Dia balik dengan ribuan jasa, tapi dia bukan wira yang dijulang. Namanya terperuk di dalam kenangan.

Kurang Berupdate.

Maafkan aku andainya blog ini kurang berupdate. Kat rumah sewa masih tak masuk internet sebab elaun masih tak dapat lagi. Ada internet dekat rumah, tapi aku takut pada Allah untuk gunakan internet pejabat untuk kepentingan peribadi. Online FB pun tumpang broadband orang. Duduk rumah aku pun internet macam chipsmore, kejap ada kejap tiada. Nak komen banyak pun tak boleh sebab kat rumah pun ada broadband peribadi. Guna untuk kepentingan diri bukan untuk kepentingan keluarga.

Sejujurnya, banyak kerja dakwah aku tertangguh. Dan aku tak tahu bila mampu untuk aku memulakannya.

Kelabu dan Terasing

Andainya anda hidup dalam persekitaran yang kuat berpegang pada fahaman, dan apabila anda merdeka sedikit daripada fahaman tersebut, maka anda akan jadi asing walaupun duduk dengan keluarga terdekat.

Contoh termudah, orang yang belajar tentang aurat, solat, fiqh dan sensitiviti agamanya tinggi, dia jadi asing bersama keluarganya yang lalai menunaikan solat, yang tidak menutup aurat dan tidak sensitif dengan tuntutan agama. Ibu bapa sibuk dengan tamrin dan usrah, anak pula 2-3 hari tak balik rumah dengan solatnya entah kemana. Dunia akhir zaman.

Menyelami Impian Seorang Ayah.

Aku percaya jika aku seorang ayah dan mempunyai anak. Dan anak aku berkorban untuk keluarganya. Kemudian dia berkonflik dengan kawan aku kerana prinsip dirinya. Dan aku memihak kawanku kerana kawanku itu kawanku dunia dan akhirat tanpa memikirkan bagaimana nasib anakku. Aku percaya anak aku sudah hilang separuh dunianya.Kelabu dan kegelapan kasih sayang. Hubungan kekeluargaan yang lemah. Dia sudah tawar hati dan kurang kepercayaan pada keluarganya sendiri.

Aku berdoa semoga aku tidak seperti itu. Aku tidak mahu keadaan seperti itu. Keluargaku ialah keluargaku. Kawanku ialah kawanku. Anak-anakku yang akan mendoakan aku ketika aku kehilangan kawan-kawan aku di kubur kelak. Merekalah pintu syurgaku.

Aku terfikirkan keadaan di atas apabila aku melihat banyak sekali karenah mereka-mereka yang bergelar ayah. Aku takut memikul tanggungjawab seorang ayah bila melihatkan kerosakan anak-anak mereka. Hampir 5 tahun aku meneliti perlakuan dan tabiat mereka-mereka yang bergelar ayah yang hidup di sekitar aku. Aku kena perbanyakkan lagi membaca buku buku parenting.

Keadaan yang sama aku lalui ketika menjadi imam surau. Aku suka menasihati anak2 kecil agar solat bersebelahan ayah mereka di saf ketika berjemaah, tapi ayah2 mereka menolak mereka sendiri. Ya Allah, menjadikan keadaan yang mesra pemuda dan anak kecil walaupun di surau kecil nampak seperti mustahil.Keadaan masyarakat yang jauh dari harapan dan impian aku.

Aku juga terfikir apabila apabila aku menggendong anak kecilku, aku membawanya ke tandas, aku membaca doa bersama2nya, aku membaca al-Quran dan dia di sekitar aku. Aku mengajar kuliah hadis, dan dia bermain di tepiku dengan permainannya, aku bermulazamah dengan kuliah sunnah, dan dia gembira dengan dunia permainannya di sisiku. Dan paling penting, mengajarinya agar mengikuti jejakku. Kecintaan yang penuh pada Allah dan Sunnah Rasulnya. Ya Allah, betapa indahnya dunia itu.. Aku mengimpikan keadaan seperti itu. Aku berdoa dan menangis hari-hari, mahukan impian seperti itu termakbul dalam hidupku. Dan pastinya orang lain mengatakan aku “bapa yang ketinggalan zaman dan pelbagai label lagi”.

Aku berdoa supaya kekuatan itu sangat teguh di hari yang mendatang itu. InsyaAllah.

Aku rasa aku berhenti di sini dahulu. Tak mampu menulis banyak lagi. Tiba-tiba aku sebak ketika tanganku masih tidak penat menari di keyboard Latin ini.

Ya Allah, ampunilah aku, jadikan aku dan zuriatku mereka yang mendirikan solat. Ya Allah kabulkan impianku ini. Aku keseorangan dalam jahiliyah di sini.

Wassalam.

1st Entri 2013


Ini posting pertama saya pada 2013.

Juga posting pertama saya di Besut, Kelantan Darul Naim.

Suasana Politik.

Suasana politik dan keadaan politik nampak agak tegang dan dahsyat di sini. Minggu pertama ketika mahu solat Jumaat, ditanya;

-Ustaz nak solat kat masjid mana hari ini?

-Masjid sekian2.

-Ustaz, masjid2 sekian itu masjid UMNO, masjid sekian2 itu masjid PAS. Hati2lah ya.

Juga paling dahysat bila ada AJK Ittifaq (Guru JQAF) siap tanya lagi mas aPRU nak undi siapa.Guru-guru di sini sibuk nak tahu guru baru ini geng mana.

Circle Of Influence.

Sedang mengimarahkan surau dan bercadang mahu membuat kuliah hadis di situ. Juga mahu jadi khatib di situ. InsyaAllah jika tiada aral melintang, mahu menetap di Besut .

Kenali Circle of Influence dan Circle of Concern. Ada perkara-perkara yang kita kena concern tapi kena berikan prioriti.

Ustaz K-Pop.

Satu bala yang sangat besar bila ustaz2 minat K-Pop. Aduhai, terasa asingnya diri ini. Terasa berseorangan.

Wassalam.

Pelajar Semula


Assalamualaikum wbt.

InsyaAllah entri kali ini ringkas sahaja. Mohon maaf sebab lama tidak berupdate.

Alhamdulillah, saya telah terpilih untuk menjadi guru pelatih di IPG di Johor. Tempat bekerja pula di Terengganu. Nampak gayanya selepas ini berjalan ke Johor-Pahang-Terengganu mungkin dalam masa 1 tahun setengah lagi. Jadi guru pelatih Subjek Pendidikan Khas ini sangat mencabar. Kena belajar banyak bersabar selepas ini.

Nampak gayanya kena convert tesis Master jadi buku kot. InsyaAllah. Doakanlah semoga saya sentiasa ada dikurniakan masa untuk menulis.

InsyaAllah saya akan membina Baitul Muslim tidak lama lagi. Doakan yang terbaik untuk saya. Adik saya sudah bernikah. Kini sedang belajar menerima orang baru dalam hidup. Sedang belajar juga dan menimba ilmu tentang perkahwinan dan tanggungjawab.

Selamat datang ke dunia sebenar. Mencari-cari ruang dakwah dalam kesibukan hidup, sambil beriltizam dengan ibadah, kerja dan tanggungjawab yang sedia bertambah.

Masa mendewasakan peribadi dan sukma. Kena belajar untuk bahagikan masa untuk orang lain dan diri sendiri. Kena belajar banyak untuk merealisasikan teori-teori.

Circle of Influence semakin membesar. Begitu juga dengan circle of concern. Namun kena faham, Influence lebih utama dari Concern.

Ok. Cukuplah di sini sahaja.

~Entri ini ditulis di IPG di Johor. Berstatus pelajar dan musafir jalanan kembali. 

Disember dan 24.


Assalamualaikum wbt.

Tahun depan sudah 25.

Hampir 20 tahun aku dibesarkan di dalam usrah Haluan. Kemudian, berlaku krisis ketika aku berumur 22 tahun. Kemudian aku jadi orang yang independence. Membina manhaj berseorangan, cuba untuk bebas dari sebarang kumpulan. Allah itu Maha Berkuasa.

Hampir 4 tahun selepas itu, aku tertarik kembali kepada fikrah Ikhwanul Muslimin. Salafi hanyalah manhaj berfikir bagi aku. Nak berjuang masa muda2 yang kering kontang dengan pengalaman, kena pandai cari dahan untuk bergayut.

Alhamdulillah, jumpa kawan2 yang lawan Syiah sama-sama.  Dalam perjuangan, bukan semuanya manis, ada pahit dan sedih yang ditanggung berseorangan. Boleh tahan pemuda IKRAM. Tertarik pada generasi veteran, membiarkan pemuda-pemuda dengan kekreatifan mereka dan tidak menjadikan mereka dikongkong oleh ruang kumpulan.

Kata Pak Cik X,

 ” Wahai anak muda, berjuanglah dan berdakwah di mana2, jadilah orang yang hebat dalam society. Buat aset untuk dakwah banyak2. “

Murabi6.

Syiah wujud antara kecuaian insitusi agama, semangat pendakwah-pendakwah Syiah, kejahilan masyarakat dan orang-orang yang belajar agama yang tidak bekerja.

Tugas menjaga sebuah Page Anti Syiah yang peminatnya hampir 30 ribu bukan satu tugas yang mudah. Lagi ramai manusia, lagi banyak karenahnya.

Aku teringat ucapan seorang kawan, ” Kalau Mat Sabu nak saman Admin Page Anti Syiah itu, boleh sangat, tapi benda itu dah masyhur, dia pun senyap je.”

Serta merta fikiran aku melayang jauh. Apa akan jadi kalau ada orang nak saman aku, aku dicari polis, keluar masuk mahkamah? Wallahua’lam.

Dakwah bukannya satu jalan yang mudah ditempuhi. Adakalanya ia sangat sukar. Menuntut ribuan pengorbanan.

” Kalau tiada confidence dalam diri untuk bawak motor pada malam hari semata2 kerana kuliah agama, alamatnya tak keluar rumah”.

Saya sedang berbincang dengan kawan. Mungkin perjuangan ini akan meningkat ke tahap sebuah organisasi kecil. Semoga Allah permudahkan. Itu sahaja yang saya boleh kongsikan.

Master VS Kahwin.

Alhamdulillah, terima kasih kerana mencukupkan hidup saya.  

Teringat kata-kata Dr Uqlah,

” Berapa ramai seorang lelaki yang akan berkahwin, yang akan mendirikan rumah tangga, yang akan jadi ayah. yang akan jadi pendidik yang banyak membaca buku sebelum mereka memasuki rumah tangga itu? “

Ada beberapa impian yang mesti ditangguhkan untuk mencapai sebuah impian yang lain. Begitulah Master saya, selepas berhempas pulas membuat proposal dan naik turun berjumpa beberapa pensyarah, saya masih tersekat di situ dan masih tidak dapat memulakan penulisan. Malang bagi saya, pensyarah yang tsiqah bagi saya belajar sabatikal di luar negara.

Masih berbunga. Baru sahaja berjumpa Lecturer tetapi dalam bidang akidah. Tak sangka UM boleh tahan dahsyat juga fitnah dalam menimba ilmunya. Tapi kena tukar pengkhususan pula dalam bidang Usuluddin.

Tahun depan, insyaAllah jika tiada aral melintang saya berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. Iya, 25 tahun merupakan masa yang sesuai. Semoga ALlah permudahkan saya menjadi orang yang sempurna agamanya, tenang jiwanya.

Quranist atau Anti Hadist.

Tahun lepas dan beberapa bulan, saya bergiat aktif berdiskusi dengan golongan anti Hadist. Akhirnya pada malam 10 Muharram, ketika Syiah sedang ber”matam” di Hauzah mereka, saya sempat meluangkan masa berdiskusi berdepan dengan salah seorang pemuka Anti Hadist.

Dia pernah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Sudah banyak menyesatkan ramai orang.

Kesimpulan mudah ” Kalau asas sudah gagal, datanglah cabang dari celah mana pun, tetap gagal “.

Namanya Ibrahim Babu ???? . Seorang India Muslim. Sayang sekali ibu dan bapa tidak dimurnikan akidah mereka, dan pada umur 40 tahun, Ibrahim mencari hidayahnya sendiri. Allah pertemukan dia dengan Farouq, seorang Lecturer di UK yang Anti Hadith juga. Maka habislah ceritanya. Sempat berborak panjang dengannya. Kekadang kita kena mengerti bukan semua orang kita boleh selamatkan. Ada perbincangan yang sekadar untuk menambah pengetahuan, bukan untuk berjidal mempromosi pegangan masing2. 

Saya tidak mampu untuk tulis panjang2. Ada kesedihan yang tersembunyi. Rumput yang tersepit di celah 2 gajah. Kecuaian institusi2 agama. Kekecewaan yang teramat.

Wassalam.

Perbaiki Diri Sendiri Wahai Daie!


Assalamualaikum wbt.

Islahkan Diri dan Dakwah Kepada Orang Lain.

Lelaki yang soleh, apabila berkahwin mendidik isterinya supaya jadi perempuan yang solehah.

Isterinya perempuan yang solehah apabila melahirkan anak, mendidik anak tersebut. Beserta bantuan dari suaminya, akan lahir generasi anak-anak yang soleh.

Begitulah kitaran pewarisan generasi yang soleh, melahirkan generasi yang soleh.

Dakwah dari generasi yang soleh tadi supaya dengan adanya mereka, sem

akin ramai orang2 yang soleh, bermula dari menjadikan lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah sehingga bermulanya kitaran pembentukan generasi yang solehah.Apabila dakwah itu bermula dari diri, kemudian keluarga dan membentuk komuniti, maka akan terbentuknya biah(persekitaran) yang soleh. Dan apabila wujudnya persekitaran yang soleh tadi, ia membantu keluarga tunggal yang soleh tadi untuk bermasyarakat.Semua orang hendakkan biah yang soleh tadi, maka mereka cuba untuk mengekalkannya dengan beberapa cara, seperti duduk dengan komuniti yang soleh, menubuhkan persatuan (jemaah) yang dinaungi oleh ketua.

Dan itulah asas dan tujuan utamanya. Akan tetapi apabila wujudnya komuniti yang mempunyai biah yang solehah tadi, tetapi asas pada lelaki dan perempuan itu(dakwah dan tarbiyah pada anak2nya tidak berjalan). Maka biah solehah tadi sekadar sokongan sahaja.

Fikirkan bagaimana sokongan itu ada tetapi asal dari diri itu tiada. Sebab itu wujud generasi yang duduk dalam jemaah tetapi soleh, tetapi bila keluar dari jemaah, mereka hanyut.

Adakah generasi itu natijah daripada kelemahan ibubapa mereka sendiri?

Maka kita balik pada asalnya semula iaitu “Perbaiki diri kamu”.

Maka di sinilah asal atau punca salahnya. Seorang lelaki atau ahli kepada jemaah yang masuk dalam jemaah untuk menumpang dengan jemaah tanpa semangat untuk membaiki dirinya sendiri dan keluarganya.

Salafi dan ikhwani berkongsi status dan keadaan yang sama di sini. Persamaan mereka sangat banyak terdapat jika ditinjau dari tajuk ini.

Namun permulaan mereka berbeza.

Di kala salafi terdiri dari mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza, semangat untuk mempelajari agama itu sangat tinggi dalam jiwa mereka. Dan mereka sedang dalam situasi untuk membina biah dan komuniti walaupun mereka tiada tanzim yang khusus.

Manakala di pihak ikhwani pula, bagi mereka yang baru mula dari kosong, ada yang menumpang jemaah untuk mendapat sokongan biah(persekitaran )yang baik tadi tetapi asalnya masih kurang atau lemah.

Sebab itu mereka yang berada dalam persekitaran yang berlawanan dengan mereka, seperti golongan salafi tadi, akan menyumbang kepada sifat mereka yang defensif dan mengambil pendapat yang keras demi menjaga diri mereka dari syubhat atau zone yang tidak pasti. Dan pendapat yang keras itu akan menatijahkan ketetapan mereka telah berada dalam zon yang jelas kebaikannya.

Sesungguhnya kebaikan yang ada pada kedua-dua golongan ini jika dapat disinergikan bersama merupakan sesuatu yang sangat-sangat baik dan dapat memberi natijah yang sangat baik.

Benarlah kata-kata,

” Dan Berapa Ramai yang berada dalam golongan kita yang bukan golongan kita, dan berapa ramai yang bukan dari golongan kita tapi adalah golongan kita. “

Sekadar perkongsian dari penelitian dan pengalaman yang masih hijau.

Akan tetapi satu perkara yang kita tahu, ialah apabila seorang hamba Allah itu telah menetapkan kekuatan pada dirinya untuk membaiki dirinya atau menghampirkan diri kepada Allah dengan jalan-jalanNya, maka Allah akan membantu dan sama sekali tidak akan membiarkannya.

Maha Suci Allah yang telah menciptakan manusia yang berbagai-bagai supaya kita dapat belajar dari mereka pelbagai perkara.

Wassalam.