[Hadis] Kasih Sayang kerana Allah


KASIH  SAYANG KERANA ALLAH.

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: (لا يجد أحد حلاوة الإيمان حتى يحب المرء لا يحبه إلا لله، وحتى أن يقذف في النار أحب إليه من أن يرجع إلى الكفر بعد إذ أنقذه الله، وحتى يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما).

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., beliau berkata : Nabi SAW telah bersabda : Seseorang itu tidak akan merasai kemanisan iman sehinggalah dia mengasihi seseorang hanya kerana Allah; sehinggalah dicampak ke dalam api lebih disukainya daripada kembali kufur selepas Allah menyelamatkannya, dan sehinggalah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai berbanding yang lain dari kedua-duanya.

[Sahih Bukhari ; Kitab Al-Adab No Hadis 5694]

Bab kasih sayang kerana Allah : kasih sayang kerana Zat Allah semata-mata tanpa dicampuri oleh riya’ dan hawa nafsu.

Kemanisan Iman

Iman diumpamakan seperti madu dari segi kecenderungan hati kepada kedua-duanya. Maka sifat madu itu ialah manis dan ia disandarkan kepada iman. Ini dinamakan dalam Isti3arah bil Kinayah.

Cinta Allah dan Rasul Allah

Cinta kepada Allah bermaksud kemahuan untuk taat dan patut kepada Allah, manakala cinta kepada Rasul-Nya bererti mengikut sunnah Baginda termasuk mengamalkan suruhan baginda dan meninggalkan apa yang dilarang oleh baginda.

Cinta semulajadi tidak tunduk kepada pilihan seseorang (tidak mampu dikawalnya), maka maksud cinta di sini ialah cinta aqli, iaitu mengutamakan apa yang didokong dan dipilih oleh akal, sekalipun bertentangan dengan hawa nafsu seperti seorang pesakit yang tidak menyukai untuk makan ubat tetapi cenderung untuk memilih makan ubat kerana ingin sembuh.

Cinta kepada Allah mesti bersama dengannya cinta kepada Rasul Allah, jika tidak bersama maka cinta ini sia-sia kerana sesiapa yang tidak mencintai Rasul Allah, bererti dia tidak mencintai Allah.

Pengajaran Hadis

  1. Mencintai Allah kerana menuntut keredhaan Allah seperti suka menyertai jihad di jalan Allah kerana Allah semata-mata, yang tidak disertai dengan benda lain seperti riya’, hawa nafsu dan tujuan duniawi.
  2. Memilih dilemparkan ke dalam api daripada memilih kekufuran. Orang yang sempurna imannya tidak akan terbit darinya sesuatu yang menjadikan kafir. Juga tidak akan terbit dari perbuatannya sesuatu yang menyebabkan dia masuk neraka. Dia tidak akan mengingkari suruhan agama seperti solat dan tidak menghalalkan sesuatu yang haram seperti meminum arak dan makanan haram..
  3. Lebih mengutamakan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Di antara tanda cinta seseorang dan sempurna imannya, dia menjadikan Allah dan Rasul lebih utama dari hak ibu bapa, anak, isteri dan semua manusia. Golongan ini juga lah yang meninggalkan kenikmatan dunia untuk berjihad pada jalan Allah walaupun mereka mampu untuk mengumpulkan dunia. Di antara tanda mengutamakan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya adalah kecintaan dan kemahuan untuk ;
    1. Membantu Islam dengan kata-kata atau perbuatan.
    2. Mempertahankan syariat Islam
    3. Mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
    4. Berakhlak dengan akhlak Nabi Muhammad SAW.

Penutup

Marilah untuk menjadikan cinta kepada Allah dan RasulNya itu lebih tinggi dari cinta kepada dunia, anak-anak, harta dan semuanya. Beruntunglah orang yang dicintai Allah, kerana apabila dia dicintai Allah, maka seluruh penghuni langit dan bumi mencintainya. Apabila dia dicintai Rasul kerana menjadi pembantu Rasul, maka dia akan beroleh bantuan dan syafaat dari baginda pada hari kiamat kelak.

By rajawalibiru Posted in Hadis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s